Wednesday, February 26

si rama - rama.

Dari telur.
Ia berubah menjadi ulat. 
Tiada siapa berminat.

Lalu.
Ia berubah menjadi kepompong. 
Juga, tidak ramai yang tertawan.

Benar.
Proses ini lama.
Untuk menjadi rama - rama yang cantik.

Si rama - rama.
Warnanya menawan, ramai tertawan.

Dari makhluk yang tidak mendapat perhatian.
Kini, menjadi makhluk yang mewarnai kehidupan.

:)

Ya, berubah merupakan sunnatullah.
Semuanya akan sentiasa berubah menjadi lebih baik dan cantik.
Mengikut aturan Allah.

Manusia juga berubah.
Dari bayi menjadi kanak - kanak.
Kemudian remaja menjadi dewasa.
Dan terus membesar. 

Semakin kita membesar ke mana kita menuju? 
Semakin cantik mengikut aturan Allah atau semakin menjauh dari Allah?

Ayuh!
Belajar dari rama - rama. 

Semakin membesar semakin cantik.
Semakin membesar semakin memberi kesan kepada sekeliling.

Syaratnya?

Mengikut aturan Allah.

:)


Make du'a, be happy! :)
- farhanaselamat -

Thursday, February 20

vehaen.

"..batu bata, disatukan dengan simen.."

"..kepingan papan dan kayu, disatukan dengan paku.."

"..hati manusia pula, disatukan dengan.."

"Iman." Terpacul keluar perkataan itu daripada mulut Amrullah, sekali gus memotong kata - kata si naqib. Pandangan ahli usrah yang lain memusat ke arah Amrullah.

"Benar kata Amrullah. Hati manusia disatukan dengan iman. Kalau kita rasa terlalu payah untuk kita bersatu hati dengan saudara kita, cuba spot check balik iman kita." Si naqib memandang satu per satu wajah adik - adik usrah.

"Di mana kita letak Allah dalam hati kita? Jikalau Allah kita letakkan di tempat yang paling tinggi dalam hati kita, InshaAllah, kita tiada masalah dalam menjalinkan ukhuwah." Ujar si naqib.

Ukhwah.

"Ukhwah.. the coolest thing I ever had."


* * *

Jatuh cinta dengan karya ini!
Semoga dikuatkan jodoh untuk bertemu dengan buku ini.
Amin!

Terima kasih kerana menginspirasi!
- farhanaselamat -

Saturday, February 8

seratus tahun.

"Palestin di hati kita, di mana?"

"Keadilan tidak dihidangkan. Keadilan perlu diperjuangkan."

"Orang yang memulakan geraknya dalam kesakitan, Allah akan memberikannya kesihatan.
Orang yang memulakan geraknya dalam kemiskinan, Allah akan memberikannya kekayaan."

"Kita adalah mata rantai perjuangan sejak zaman Rasulullah."

"Don't think simplicity. The world is too complicated!"

"Perjuangan Tok Janggut bukan sekadar kerana kenaikan harga cukai yang hanya setengah sen itu.
Malah ia lebih dari itu."

"'Framework to Peace', album terakhir."

"In Gaza, the siege is back."

"Saudi Arabia is just a leading campaign."

"The Arab Spring has not ended, it is now at the end of the beginning! It will continue to offer hope of true liberation for the Muslims."

"Penjahat yang baik itu sebenarnya penjahat yang paling jahat! Hati - hati sebab dia bijak."

* * *

InshaAllah. Cebisan kata yang membutuhkan semangat perjuangan dalam diri kita semua.
Terlalu banyak untuk diperhalusi satu per satu. Siapa? Mengapa? Dan, Bagaimana? Terlalu banyak!
(Nak sangat ada masa untuk explore semua - semua ni. InshaAllah, inshaAllah!)

Hmm. 100 tahun?

Ya, 1914 - 2014.
Sedar tak sedar sudah seratus tahun isu Palestin ini tercetus, sejak dari Perang Dunia Pertama lagi.
Dan, moga ini menjadi peluang dan rahmat bagi kita atas pengisytiharan PBB bahawa tahun 2014 adalah "Tahun Solidariti Bersama Rakyat Palestin".

Wa akhiran, jazakumullahu khayran katheera kepada pihak PACE atas anjuran ini. :)
Moga kita semua dapat berganding bahu untuk menjayakan misi kita bagi memperkasakan ummah dalam memahami dan menghayati isu Palestin ini.


InshaAllah.
InshaAllah.
InshaAllah.
Allahu Akbar!

Ampuni diriku, Ya Rabb!
- farhanaselamat -

Friday, February 7

anak soleh.

Nabi Musa adalah satu - satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi - nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?", kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari - hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

* * *

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah - mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti - nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

InshaAllah. Semoga kisah anak beribu bapakan babi ini menjadi pedoman buat kita untuk menjadi anak soleh dan solehah senantiasa. :)

Umar at 10 months, a precious gift.
#AnakSoleh

"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa."
- farhanaselamat -

Thursday, February 6

world hijab day.

Let the pictures talk!
Jzkk to Sister Aliza Kim for all the short notes. ^_^




Alhamdulillah 'ala kulli hal.
I was able to go to this super duper awesome event!
Meet with all the inspiring sisters fillah. SubhanAllah!
And it was extremely amazing to listen to their words.
Get inspired and I was really adore them very much. ;)
JazakunnAllahu khayran katheera for all messages conveyed.
After all, every single things happen to our life is a gift from Allah.
Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah. ^_^<3


At the bottom of my heart, I will always pray for you my dear roomie.

"We are beautiful, Allah loves us." :')
- farhanaselamat -