Wednesday, February 26, 2014

si rama - rama.

Dari telur.
Ia berubah menjadi ulat. 
Tiada siapa berminat.

Lalu.
Ia berubah menjadi kepompong. 
Juga, tidak ramai yang tertawan.

Benar.
Proses ini lama.
Untuk menjadi rama - rama yang cantik.

Si rama - rama.
Warnanya menawan, ramai tertawan.

Dari makhluk yang tidak mendapat perhatian.
Kini, menjadi makhluk yang mewarnai kehidupan.

:)

Ya, berubah merupakan sunnatullah.
Semuanya akan sentiasa berubah menjadi lebih baik dan cantik.
Mengikut aturan Allah.

Manusia juga berubah.
Dari bayi menjadi kanak - kanak.
Kemudian remaja menjadi dewasa.
Dan terus membesar. 

Semakin kita membesar ke mana kita menuju? 
Semakin cantik mengikut aturan Allah atau semakin menjauh dari Allah?

Ayuh!
Belajar dari rama - rama. 

Semakin membesar semakin cantik.
Semakin membesar semakin memberi kesan kepada sekeliling.

Syaratnya?

Mengikut aturan Allah.

:)


Make du'a, be happy! :)
- farhanaselamat -

1 comment:

chad_NH said...

sungguhlah berubah tu memang fitrah. dan ya untuk mejadi yang cantik itu perlu mengikut aturanNya. jzkk!