Thursday, June 26, 2014

kealpaan.

Hilang sudah nikmat kesihatan.
Kerana mungkin aku lupa Dia, Al-Qawiy.

Hilang sudah nikmat menjamah makanan.
Kerana mungkin aku lupa Dia, Ar-Razzaq.

Hilang sudah nikmat berlari bersukan.
Kerana mungkin aku lupa Dia, Asy-Syakur.

Hilang sudah nikmat tidur yang nyenyak di kala malam.
Kerana mungkin aku lupa bertahajud kepada Dia, Al-Waliy.

Sungguh.
Aku yakin Allah sedang mengajarku sesuatu.
Kifarah buat dosa-dosa jahiliyyah ku yang menggunung tinggi.
Memberikan nafas baru untukku hidup dalam penuh kesyukuran.

Ya Allah.
Semuanya Engkau yang punya.
Dan Engkau berhak mengambil apa sahaja yang Engkau punya.

Jika ia baik bagi-Mu.
Pastinya ia baik jua buat diriku.

Terima kasih wahai Tuhan.
Untuk tarbiyyah yang Kau beri.

Kerna hidupku ini hanya untuk-Mu!

Monday, June 23, 2014

precious.

Aku tahu.
Tiadalah kuasa melainkan Allah yang memberi semua ini.
Tiadalah kuasa yang menggerakkan hati dia dan dia untuk berada di sisi diri ini.
Tiadalah kuasa selain-Nya yang menghantarkan dia dan dia memberi inspirasi mengharukan sanubari.

Ya Allah.
Aku hanya mampu tunduk dan menangis.
Betapa Kau amat menyayangiku, mengajarku erti kekuatan.
Terima kasih wahai Tuhan. Aku sungguh merindui-Mu tika ini. :'(



Kuat kuat kuat!
Di sisi lain, hidup ini penuh nikmat-Nya!
Apakah kamu tidak berfikir?

You completed me. :)

Friday, June 20, 2014

jom drop.

Aku penat bertarung dengan jiwa sendiri.
Mudahnya semangat itu patah hari demi hari.
Entah, mungkin aku telah temui aku yang sebenar.
Aku perlu akui, aku tak senang hati menanggung semua ini.

Hakikatnya ini bukan jalanku.
Aku perlu leraikannya juga tika ini.
Setelah bertahun aku berpura-pura serasikan diri.
Benar, aku ini sekadar cuma mahu menyedapkan diri.
Lantas menyakitkan dan menyesakkan jiwaku sendiri.

Inginku katakan lagi.
Bahawa kurasakan ini bukan jalanku lagi!

Sesak.
Semuanya berlaku dengan cepat.
Semuanya menekan menyebabkan aku tertekan.

Berilah peluang untuk aku faham.
Jangan pandang aku tinggi mendongak.
Kerana hakikatnya aku hanya si kerdil bertatih.
Ingatlah, takut engkau akan menyekat jiwaku nanti.

Tolong faham.
Aku dah tak tahan.
Aku mahu jiwaku yang sebenar.
Aku sudah tidak mahu berada di jalan yang tidak aku fahami ini.

Ya Allah.
Adakah aku menolak takdirmu?
Adakah aku hanya memunahkan harapan-harapan yang digantungkan kepadaku?
Adakah salah untukku berhenti dan memulakan langkah yang lebih aku maknai?

Mainan jiwa.
Tapi aku maknai ini.
Tolong!

Tuesday, June 17, 2014

superior.


Simptom merbahaya memberi amaran.
Terima kasih Tuhan menunjukkan jalan!

Potong bawang. T.T