Friday, June 20

jom drop.

Aku penat bertarung dengan jiwa sendiri.
Mudahnya semangat itu patah hari demi hari.
Entah, mungkin aku telah temui aku yang sebenar.
Aku perlu akui, aku tak senang hati menanggung semua ini.

Hakikatnya ini bukan jalanku.
Aku perlu leraikannya juga tika ini.
Setelah bertahun aku berpura-pura serasikan diri.
Benar, aku ini sekadar cuma mahu menyedapkan diri.
Lantas menyakitkan dan menyesakkan jiwaku sendiri.

Inginku katakan lagi.
Bahawa kurasakan ini bukan jalanku lagi!

Sesak.
Semuanya berlaku dengan cepat.
Semuanya menekan menyebabkan aku tertekan.

Berilah peluang untuk aku faham.
Jangan pandang aku tinggi mendongak.
Kerana hakikatnya aku hanya si kerdil bertatih.
Ingatlah, takut engkau akan menyekat jiwaku nanti.

Tolong faham.
Aku dah tak tahan.
Aku mahu jiwaku yang sebenar.
Aku sudah tidak mahu berada di jalan yang tidak aku fahami ini.

Ya Allah.
Adakah aku menolak takdirmu?
Adakah aku hanya memunahkan harapan-harapan yang digantungkan kepadaku?
Adakah salah untukku berhenti dan memulakan langkah yang lebih aku maknai?

Mainan jiwa.
Tapi aku maknai ini.
Tolong!

No comments: