Thursday, June 26

kealpaan.

Hilang sudah nikmat kesihatan.
Kerana mungkin aku lupa Dia, Al-Qawiy.

Hilang sudah nikmat menjamah makanan.
Kerana mungkin aku lupa Dia, Ar-Razzaq.

Hilang sudah nikmat berlari bersukan.
Kerana mungkin aku lupa Dia, Asy-Syakur.

Hilang sudah nikmat tidur yang nyenyak di kala malam.
Kerana mungkin aku lupa bertahajud kepada Dia, Al-Waliy.

Sungguh.
Aku yakin Allah sedang mengajarku sesuatu.
Kifarah buat dosa-dosa jahiliyyah ku yang menggunung tinggi.
Memberikan nafas baru untukku hidup dalam penuh kesyukuran.

Ya Allah.
Semuanya Engkau yang punya.
Dan Engkau berhak mengambil apa sahaja yang Engkau punya.

Jika ia baik bagi-Mu.
Pastinya ia baik jua buat diriku.

Terima kasih wahai Tuhan.
Untuk tarbiyyah yang Kau beri.

Kerna hidupku ini hanya untuk-Mu!

No comments: