Saturday, July 19

tapisan.


Ini terasa dekat. Tepat pada hati.
;)

Mana mungkin Allah meletakkan kita pada sesuatu keadaan tanpa sebab.
Hanya yang berfikir bisa melihat yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Keadaan mungkin tak sama, ujian yang menimpa mungkin juga berbeza.
Kerana benarlah bahawasanya segala ini kerana kita mampu menghadapinya.
Bahkan ia adalah tapisan rahmat yang diberikan untuk mengangkat darjat hamba-Nya.

Untuk Gaza, Malaysia, Syria, Rohingya dan seantero dunia.

* * *

Ps. Ayuh melaju! Kak Laylatul Qadrina aku datang ~ ^_^

Bertabahlah. :)

Saturday, July 12

palestina.

Palestin itu memanggilmu!

Tangisan itu memanggilmu,
Ratapan itu merayumu,
Suara wanita yang tidak bermaya,
Jeritan si kecil yang tidak berdosa,
Ratapan si tua yang tidak terdaya,
Darah pemuda yang ditumpah,
Nyawa perwira yang dimamah,
Kau biarkan mereka dilapah,
Suara sayu memanggilmu,
Bumi Palestin yang diserbu,
Dek bangsat yang penuh muslihat,
Tentera khianat yang dilaknat.

Tergamaknya kau bersahaja,
Cuma menjadi penonton setia,
Sedangkan tanah Palestin dibunuh percuma,
Tanpa kau rasa duka,
Airmata dosa membiarkan mereka dihina derita,
Manakah janji bahwa kita bersaudara,
Darah Palestin akan menuntutmu di hari muka,
Kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan,
Bangkitlah dengan keinsafan,
Hulurkan tangan pertolongan,
Demi Tuhan! Buat Palestin yang ditawan!

Palestin, dihatimu dimana!


* * *

Maaf kerna terpaksa berdiam beberapa waktu.
Sesuatu yang hanya bisa aku dan Tuhanku yang tahu.
Terima kasih untuk kata-kata penguat itu.
Kalian semua kan sentiasa di dalam kotak minda ku.

Day 14. Aku masih tinggal 9 hari lagi.
Bi iznillah. ;)

Sunday, July 6

random.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu, kesalahan yang nyata.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu, memang tak ada faedahnya.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu, tidak masuk dek akal fikiran.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu hanya menjauhkan aku dengan - Nya!

Begitu kerap aku tersedar.
Begitu kerap aku terbangun dari lena yang panjang.

Begitu kerap Allah menjentik hati ini untuk berubah.
Begitu kerap Allah memujuk dalam ayat kesabaran.

Ya, ku syukuri semuanya.
Bahkan nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan?

Moga aku benar-benar tidak alpa dan tidak pula lupa.
Akan janji yang perlu ku tunaikan di hari kebangkitan nanti.

Saturday, July 5

ke sorga.


Tuhan.
Jika ini tukarannya untukku ke syurga.
Pasti aku akan menerimanya tanpa pernah menduga.

Day 7. (26 : 80)

Tuesday, July 1

bingkisan ramadan.

Kerana aku mahu sampai kepadanya.
Kerana aku tidak tahu apakah mungkin ini yang terakhir.
Kerana aku tahu inilah masanya untuk aku tebus semua.

Sungguh ku rindu.
Pada tenangnya angin menghembus dingin pagi.
Pada kicaunya si burung yang bertasbih kepada-Nya.
Pada suara lunak yang mengalun ayat-ayat cinta-Nya.
Pada kedamaian suasana manusia beramal ibadah tanpa lelah.

Benar, ku rindu semuanya.

Keempat. Aku perlu hayatinya. :)

busy.

"Kau tengah buat apa tu?"

"Aku tengah buat homework ni."

"Owh, busy betul kau sekarang. Jarang kau busy macam ni. Hehe."

"Hmm. Tulah."

"Okay tak nak kacau! Busykan diri selalu. :)"

"Tak nak. Sedih lah macam ni."

"Eh, kenapa pula? Kau tak sepatutnya sedih kot."

* * *

Semua orang sibuk.
Cuma yang membezakannya.
Kebaikan atau keburukan.

Bersyukur lah jika kita disibukkan dengan perkara kebaikan.

More to come! Focus! ^_^