Sunday, July 6

random.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu, kesalahan yang nyata.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu, memang tak ada faedahnya.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu, tidak masuk dek akal fikiran.

Terkadang, aku sedar.
Apa yang aku buat itu hanya menjauhkan aku dengan - Nya!

Begitu kerap aku tersedar.
Begitu kerap aku terbangun dari lena yang panjang.

Begitu kerap Allah menjentik hati ini untuk berubah.
Begitu kerap Allah memujuk dalam ayat kesabaran.

Ya, ku syukuri semuanya.
Bahkan nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan?

Moga aku benar-benar tidak alpa dan tidak pula lupa.
Akan janji yang perlu ku tunaikan di hari kebangkitan nanti.

No comments: