Monday, December 29

penang.

Dan pada hari itu, aku perlu membuat keputusan yang bernas. Agar tiada yang kecewa dan tiada yang berduka. Hoho. Sounds so serious, but yeah. It's either to spend my time with my family at Penang or go to Muktamar. A really hard decision thou. Dipendekkan cerita, aku terpaksa memilih untuk ikut family ku ke Penang. Satu, sebab di hari kejadian, aku hanya perlu mencatit minit mesyuarat dan bukan menjadi pembentang. Dan pada pengamatan aku, boleh saja kerja mencatit itu nak digantikan dengan orang lain. Kedua, aku dah selesaikan segala kerja-kerjaku sebelum hari Muktamar. Tiga, aku jarang-jarang dapat peluang bercuti dengan family sendiri. So, why not? Ngee.

Tetapi untuk dikhabarkan keputusan untuk tidak join Muktamar ni kepada mereka amatlah berat. Serba salah dibuatnya. Kesian pulak Mira. The only one mantan akhawat yang dapat datang. I'm so sorry. :( Dan akhirnya aku bagitahu mereka pada pagi hari Muktamar diadakan. Dan keputusan untuk ke Penang sebenarnya baru decide hari sebelum itu. Ya, aku memang jenis last minute decision punya orang. Pernah sekali tetiba decide nak balik sehelai sepinggang sebab masa tu baru habis class. Terus shoot ke terminal dengan harapan ticket ada. Haha. Tapi faham faham jelah kan. Terminal Muadzam dah tak macam dulu. Memang terlajak laris tiketnya lagi-lagi yang nak ke KL. Dan salah satu peluang yang ada ialah ke Segamat dulu kemudian baru ke KL. Itu pun kalau tiket bas Segamat-KL ada. Masa tu memang habis tawakal jelah. Apa pun, alhamdulillah tiket ada! Syukur. Lepas ni boleh buat lagi balik on the spot ni. Hewhew.

Haa okay. Dah masuk cerita lain pulak.

Alhamdulillah, selamat sampai KL bersama Kak Ain, Yana dan Ieka. Dan sangat tak sabar untuk esok harinya. Trip to utagha bak ang! :D Ini kali kedua aku jejakkan kaki ke sini. Sebelum ni aku pergi Penang sebab Pakcik aku convo kat USM. Masa tu darjah empat kalau tak silap. Tak faham sangat erti jaulah yang sebenarnya. Bila dah besar sikit ni baru rasa nak menghargai keindahan alam yang Allah ciptakan. Betul-betul rasa beruntung sebab segala yang Allah ciptakan kat dunia ni tak sia-sia. Dan Allah suruh kita fikir. Fikirkan kebesaran Dia. Alhamdulillah atas nikmat selama 2 hari di Penang. Dah tahu dah mana nak cari hotel murah kat Feringgi. Tengok kat Trip Advisor kemain mahal hotel. Haa itulah namanya rezeki. Dekat pulak dengan pantai dan restoran nasi kandar. Jumpa pulak Jeruk Madu Pak Ali. Fuhhh. Rezeki alhamdulillah.

Perjalanan KL-Penang ambil masa dalam 4 jam. Alhamdulillah gerak pagi dalam tengah hari tu dah sampai. Merasa jugaklah lalu Jambatan Pulau Pinang yang baru tu. Tak sesak macam jambatan yang lama. Sampai je sana solat, makan dan check in hotel. Singgah kat sebuah masjid, tak sangka tu Masjid Terapung Tanjung Bungah. Hehe. Very nice view subhanAllah! Dah habis solat, singgah restoran nasi kandaq pekena sat satu dua menu di tengah hari yang panas membahang. Alhamdulillah, masih belum musim hujan masa kami pergi tu. Haa. Lepas rehat kejap kat hotel, petang tu kami pun ke pantai. Alhamdulillah. Dah lama tak merasa nikmat tengok pantai. Last pun masa awal tahun hari tu pergi Gunung Ledang, merasa air terjun. Dan seterusnya, perjalanan kami ke Bukit Bendera, Street Art pun bermula sehingga pada hari esoknya. Walaupun tak dapat merasa cendol atau pasemboq, tidak mengapa. Bukan selalu dapat moment sebegini. Cuma agak ralat kali ni sebab sorang adikku tak dapat join sekali sebab tengah praktikal masa hari kitorang pergi. Baru faham perasaan orang kerja tak dapat cuti.

Belanja sikit gambaq Penang.







Tamat kisah jalan-jalan Penang. Kembali kepada tujuan utama, kenduri kahwin dan balik kampung! Bai bai FYP! *waving hand* *evil laugh*

Macam tak best pulak cerita aku ni.
Maaf. T.T Aku memang tak pandai bercerita.

Saturday, December 27

ujian.

*Scrolling Garis Masa Pengicau (Baca: Timeline Twitter)*

@FarahAtyra: Pray for kakak. (bersama gambar tangan Ama yang berlubang, tulang terkeluar :O)

Tanpa ragu-ragu, aku terus reply tweet adik Ama, bertanyakan apa yang telah terjadi. Dan katanya, Ama jatuh motor di Palam dan dia terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Ya Allah! Rupanya, tulang Ama patah dan terpaksa dimasukkan besi. Ngilu bila dengar dia bercerita. Tapi alhamdulillah, keadaan Ama semakin pulih. Semoga dia dapat jawab Final Exam sebaiknya. InshaAllah ada hikmahnya semua yang berlaku ni. Allah bagi rehat sekejap. :)

*Scrolling Garis Masa Pengicau (Baca: Timeline Twitter)*

#Banjir2014 #PrayForPantaiTimur #PrayForKelantan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Penuh whatsapp group dengan gambar banjir. Penuh garis masa pengicau dan muka buku dengan gambar, tulisan dan tidak kurang juga komen yang menyalahkan itu dan ini. Sedih sekali melihat keadaan negeri yang hampir lumpuh itu. Harta yang melimpah digenangi air. Rosaknya tanam-tanaman. Rumah dinaiki air hingga ke paras bumbung. Terputusnya hubungan, tidak boleh call atau message. Terpaksa berlapar beberapa hari kerana bekalan yang tidak mencukupi. Yang lebih menyayat hati, keadaan hospital yang dinaiki air.


Ujian ini pastilah Allah timpakan kepada kita bukan sia-sia. "Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Bersabarlah dengan kesabaran yang indah. Fasobrun jamil. Tingkatan sabar yang tertinggi. Menerima musibah yang menimpa dengan rasa redha malah sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ujian Allah adalah tapisan bagi mengangkat darjat hamba-Nya di sisi-Nya. SubhanAllah! Bersabarlah dengan kesabaran yang indah. :)

Ama,
Semoga kau cepat sembuh!
Bittaufiq wannajah for your exam.

Bumi yang digenangi air,
Telanlah air ke dalam perut bumi.

Tuesday, December 23

wad 15.

Satu.

"Puan boleh tukar baju ni di tandas belakang.", kata si jururawat sambil menghulurkan sepasang baju hijau hospital kepada si ibu.
"Eh. Saya pesakitnya, bukan mak saya.", kata si anak sambil memandang si jururawat yang tersipu malu.
"Ohh maaf, maaf. Siapa nama dik?", lalu diberikannya gelang nama mengesahkan bahawa si anak adalah pesakit sebenar.

Dua.

Dia mengerling ke arah ku yang baru tiba di sebelah katilnya sambil tersenyum sayu. Dari redup matanya tergambar kesakitan yang dihadapinya. Riak wajahnya yang matang membuatku mengagak umurnya seperti baya-baya aku, namun aku silap, dia jauh lebih muda dariku. Realitinya, dalam pada usianya yang baru sahaja 12 tahun dia didapati menghidap penyakit kronik yakni mempunyai ketumbuhan di bahagian ususnya. Dia dibedah dan terlantar seminggu di wad gineonkologi itu. Kerap kali aku mendengar ceritanya. Tidak bersekolah sejak darjah tiga dan telah kematian ibu kandungnya sendiri. Sungguh berat ujian yang menimpa dirinya. Aku terkesima. Memandang wajahnya sayu, mengandaikan jika aku berada di tempatnya. Tidakku mampu melaluinya, sungguh kau insan istimewa.

Tiga.

Usianya mungkin telah menjangkau 50-an tetapi kudratnya kelihatan begitu kuat sekali. Cuma sesekali terpaksa menggunakan khidmat tongkat untuk berjalan ke sana ke mari. Dan aku mengkaguminya kerana dia menjaga solatnya. Bukan sahaja menjaga solat, bahkan solatnya pasti di awal waktu. Biarpun dalam keadaan yang tidak berdaya, sesekali aku mendapatinya bertahajud di atas katilnya sepertiga malam. Aku sungguh terkesan. Pernah sekali dia katakan, ruginya kita jika terjaga 3 pagi hanya untuk membuang air sedangkan solat sunat yang cuma 3 minit tidak pula kita rebut. Allah lah yang sebenarnya mengejutkan kita. Dalam keadaan tidak berdaya dan lemah sebegini, sepatutnya kita lebih berharap kepadanya. Sebenarnya pada ketika itu, dia sedang bersembang bersama pesakit lain, di penjuru katilku. Aku hanya mencuri-curi dengar. Secara tidak langsung, nasihatnya itu menyedarkanku. Apalah sangat aku yang muda ini hendak dibandingkan dengan makcik yang sudah berusia.

Empat.

Ada 2 orang makcik yang tidak dapat bergerak langsung dan hanya terlantar di katilnya. Rasanya batang tubuhnya juga sudah kepenatan menahan perit sakit hari demi hari. Namun, ku perhati, suami kepada 2 makcik ini sungguh setia berada di sisinya. Segala minum makan pakaiannya dijaga. Suami yang sangat memotivasikan isterinya. Memberi harapan bahawa esok masih ada.

Lima.

Tepat jam 1.15 pagi ku kira, aku terjaga dari lena kerana terdengar jeritan kesakitan seorang pesakit di hujung wad ini. Jeritannya yang sungguh nyaring menyebabkan doktor dan nurse berpusu-pusu ke tempatnya. Makcik itu mengerang sakit lantas ditenteramkan oleh si jururawat. Cubaan mententeramkan makcik itu sia-sia kerana semakin kuat pula suaranya sehingga akhirnya dia menjerit mahu keluar dari wad tersebut. Aku tidak suka mendengar ngilaian kerana aku akan teringat kisah sepim. Automatik bulu roma ku meremang pabila mendengarnya. Alhamdulillah, setelah diberi suntikan penenang akhirnya makcik itu diam dan tertidur. Suasana sungguh misteri!

Enam.

Kebiasaannya, doktor HO akan mula terpacak pada pukul 6.30 pagi di wad. Kagum! Habis tugasnya pula lewat malam. Tidak dapat ku bayangkan jika aku berada di tempat mereka, lagi-lagi jika sudah berkeluarga, punya suami dan anak untuk diambil perhatian. Tetapi itulah pengorbanan mereka, sungguh mulia. Alhamdulillah, doktor-doktor dan jururawat di sini mesra alam orangnya. Pernah sekali, doktor HO meluahkan rasa hatinya yang stress menjadi doktor. Katanya lebih baik menjadi pharmacist atau dentist. Penatnya kurang. Mungkin kata-kata itu terpacul kerana dirinya sangat penat pada hari itu kerana aku yakin dia sedang ikhlas menjalankan khidmatnya di sini. Si jururawat praktikal yang baya-baya aku pun suka berborak denganku. Kami bercerita tentang keluarga dan study masing-masing. Mengimbau memoriku tentang interview SPA dulu. Mungkin aku juga akan bersama mereka jika aku terima tawaran bidang kejururawatan itu.

Tujuh.

Mungkin tahap kesedaran terhadap kepentingan kesihatan orang melayu tak sebagus orang cina. Bukan kerana apa, makcik cina di sini walaupun sangat kurus tetapi sangat rajin berjalan exercise di dalam wad. Setiap petang pasti ada saja yang melalui kawasan katilku sambil tersenyum. Makcik cina ini juga rajin membaca newspaper yang dibawa oleh anaknya setiap hari.

Lapan.

Begini rasanya duduk lama-lama di wad. Aku sangat bersyukur ya Allah kerana mengurniakan kedua ibu bapa yang kuat semangatnya. Walaupun tiada siapa yang menemaniku tetapi mereka setiap pagi dan petang pasti melawatku. Dan tidak kusangka setiap hari ada saja insan-insan istimewa yang menceriakan hariku di wad ini. Tidak ketinggalan, yang menghantar whatsapp penguat semangat untukku walau mereka jauh nun di sana. Jazakillahu khayran katheera atas segala kebaikan yang diberi. Moga aku juga dapat berbuat baik kepada orang lain sepetimana orang lain berbuat baik kepadaku. InshaAllah!

Sembilan.

Akhirnya setelah 12 hari berada di wad ini, aku dibenarkan untuk pulang ke rumah. Alhamdulillah, tiada test yang positive result. Namun, doctor masih ingin mengkaji punca ascites berlaku padaku. Sebelum aku keluar, ayah mama dikehendaki datang awal sedikit untuk berbincang tentang perancangan seterusnya. Sementara menanti, aku diberikan bil hospital dan akhirnya hasil perbincangan tersebut mereka memutuskan untukku discharge semula pada minggu hadapan. Katanya, untuk pemeriksaan lanjut tentang tibi. Aku terkejut. Ingatkan, episod ku di wad terhenti di sini pabila test tibi sebelum ini negative, hanya pada mantoux test sahaja yang positive. Itupun mungkin disebabkan complication lain. Hmmm. Hatiku seakan berat. Aku dah dua minggu tinggalkan study. Takkan aku nak extend satu sem lagi. Bagaimana pula dengan fyp? internship? dan convo? Aku tak nak berconvo dengan adik junior! Hatiku memberontak sendiri. Ku harap mereka memahami.

Sepuluh.

Setibanya waktu aku keluar dari wad ini, seorang makcik berkata padaku. "Jaga kesihatan ya, Farhana. Semoga tidak masuk wad ni lagi sampai Farhana bersalin nanti." Aku berbalas senyum padanya. Dia seakan mengerti isi hatiku. InshaAllah makcik, penyakit ini pasti sembuh, dengan izin-Nya. Ameen.

* * *

Ceritera ini mewarnai hari hari ku (baca: 12 hari) di sini. Pengalaman berharga yang pasti akan ku kenangi. Namun, cukuplah hanya sekali. And the rest is history. :)

Monday, December 22

one fine day.

One Fine Day.
By, Rodier.

Graduation, Vitamin C.
Goodbye, Spice Girls.
Say Goodbye, S Club 7.
Reach, S Club 7.
Walking in Circles, Dead by Sunrise.

"And it is He who spread the earth and placed therein firmly set mountains and rivers; and from all of the fruits He made therein two mates; He causes the night to cover the day. Indeed in that are signs for a people who give thought." (13:3)

Anything good that comes in your life is because Allah blesses you. He blesses you with good health, loving family and friends, He tests you with hardship and gives you strength to overcome them. And Allah's blessing comes because of a parent's blessing. Search for that something good in your life. And know that Allah blesses you. And know that is because your parents blessed you and were proud of you.

Allah brings us down so that we learn how to get back up. He promises with every difficulty, there is a relief. Believe that. Believe that with all your heart. Someday, there will be.

Lullaby, Nickelback.
Roads Untraveled, Linkin Park.

Some roads are meant to be untraveled. Sometimes people are meant to meet and then go separate ways. But, every event has meaning. Every encounter. Every spoken word and every shared silence. Every lost love and every newfound friendship. It's a beautiful fate, if we accept it with an open heart.

Thank you,
Zahra Alias & Aryan Yusuf Khan.
:')

Thursday, December 11

sasterawati.

Al-kisah seorang Farhana Selamat.
Aku rasa mungkin aku tersilap ambil kos.
Sebab kecintaanku terhadap sastera melebihi kecintaanku terhadap kewangan. Ahah!

Ceritanya hari Sabtu ini aku akan menjelajah ke PWTC sempena Expo Buku 1Malaysia dan mungkin ke Big Bad Wolf di Mines.
Hatiku sudah melayang ke sana walaupun ku sedar esok malam ada Midterm Islamic Banking and Finance yang perlu ku hadapi.

Keadaan menjadi lebih merumitkan pabila memikirkan tentang Final year Project ku yang masih pending.
Ku harap Mid-Sem Break nanti dapat ku langsaikan segalanya perfectly!
Sekarang mohon FYP hold on dulu. Aseef. :3

Wujudkah perkataan 'sasterawati'.
Jika tidak, harapnya aku lah orang yang pertama menyandangnya.

ustazah mar.

Tidak ku ketahui si empunya diri.
Sehinggalah suatu hari di mana terpisah nyawa dari jasadnya.
Baru ku kenali, Ustazah Mar merupakan isteri kepada Pakcik Nahar.
Betapa sayunya hati melihat pemergiannya walaupun hanya melihat post-post di fb.
Aneh sungguh rasa ini, walau tak pernah berjumpa tetapi hati turut merasa kesedihan atas kehilangannya.

Kini, sudah genap seminggu Ustazah Mar pergi.
Dan setiap hari selepas pemergiannya, Pakcik Nahar akan berkongsi segala budi pekerti dan kegigihannya sebagai seorang isteri, murabbi dan teman seperjuangannya di dalam status-statusnya di fb.
SubhanAllah! Aku begitu terkesan dengan penulisan itu sehingga dapat merasakan kasih sayang dan kekuatan Ustazah Mar dalam menjalani hari-harinya.
Begitu segar dan membasahkan jiwa-jiwa terutamanya anak muda yang bakal menempuh kehidupan berkeluarga dan asset kepada ummah.

Dikongsikan oleh anaknya tentang keadaan Pakcik Nahar setelah kematian Ustazah Mar.
Anaknya mendapati bapanya seringkali istighfar dan solat taubat kepada Allah melebihi dari rutin kebiasaannya sebelum ini.
Apabila ditanya kepada bapanya, beliau menjawab.

"Aku bertaubat kepada Allah kerana aku terlalu mengingati isteriku hingga aku bimbang bahawa aku kurang mengingati Tuhanku." - Buya Hamka

Am so touched.
Rasa betapa jauhnya kehidupanku dengan mereka.
Terima kasih atas perkongsiannya dan peringatan untuk semua.

Hari ini aku belajar.
Kesusahan yang kita hadapi sekarang bukanlah alasan untuk kita terus dengan kesusahan itu.
Jadilah insan yang sentiasa bermanfaat kepada orang lain.
Lakukan segala kerja dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

Terima kasih atas qudwah hasanah, Ustazah Mar.
Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan mengampunkan segala dosa-dosamu.

Tuesday, December 9

rindu.

Mungkin ini fitrah manusia.
Merindui sesuatu yang telah tiada.
Sepertimana aku di kala ini.
Rindu nak meeting sampai lewat malam.
Rindu nak conduct program, jaga p.a system.
Rindu nak makan borak sesama lepas meeting.
Rindu nak spill macam macam yang tak puas hati.

Semua itu dulu.
Perasaan dan semangat yang menggila.
Tak kenal erti penat lelah.
Dengan masa yang terhad sesangat.
Walaupun tahu diri dah tak larat.
Akhirnya aku jugak yang stress sendiri.
Tapi itu yang buat aku bahagia sebenarnya.
Entah, aku pun tak faham.
Itu lah nikmat. :)

Hari ni.
Terubat juga kerinduan tu.
Mungkin, muktamar ni lah program terakhir untukku.
Buat kerja kerja s/u and part time p&p.
My faveret exco yang apply time interview tapi tak pernah dapat.
Alahai.. kenangan!

Okay Fann.
Selamat membuat poster.
Selamat mengedit video.
Selamat menaip sijil.
Hoyeah!

Demi Muktamar yang terakhir kalinya.

Sunday, December 7

usrah: taqwa.

I guess I have to start writing about what I have learned in my usrah.
It was a waste that I'm not writing it here as it's a precious moment, my energy booster living the journey of my life.

Bismillah.
Usrah Adik, at my house, 5.00pm.
With Alia, Abin and Emma.
Only 3 of them could come, while 5 of them were not.
It's okay! At least we get something. :)

MC: Alia.
She was sharing about Omar Regan Talk: From Hollywood to Hajj. Omar Regan told the story about how he began with nobody to somebody today. The Hollywood situation that was full with entertainment that makes him thinking of something later. It is when Allah gives him Hidayah and he changes to a better Muslim after that. Based on the surah Ghafir (40:60), he believes that Allah will always listened to his prayer. These are only a part of the ibrah that we share together. The rest maybe you could hear it from the youtube. InshaAllah. Alhamdulillah, I have once heard about the name of Omar Regan but actually I don't know if he is a comedy actor. MashaAllah! Thank you Alia. ^_^

Tadabbur.
It was Surah Ali-Imran verses 101-110 (3:101-110). I love those verses as I feel that I have drowned into it. It was like Allah is speaking directly to us. I just want to share about this one verse. A short one but the most deepest one.

(3:102) O you who have believed, fear Allah as He should be feared and do not die except as Muslims [in submission to Him]. Let's separate this into two.

1) Fear Allah as He should be feared.
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Untuk mendapat sebenar-benar taqwa, bukanlah dengan hanya mengetahui bahawa taqwa itu adalah takutkan Allah. Tetapi berdasarkan hadis Sahih Mulim, Rasulullah bersabda bahawa ciri seseorang yang sebenar-benarnya bertaqwa ialah:
1) Sentiasa TAAT kepada Allah dan tidak menderhaka kepada-Nya.
2) Sentiasa SYUKUR kepada Allah dan tidak ingkar terhadap nikmat-Nya.
3) Sentiasa INGAT kepada-Nya dan tidak lupa kepada-Nya.

Sungguh untuk menyampaikan ini aku terasa bebanan di bahu itu sungguh berat. Sungguh terkutuklah aku sekiranya aku sendiri tidak melakukannya dan beramal dengannya. Sungguhlah, ketika berada di sini, aku lebih banyak mempelajari dari mereka. Maafkan akak kerana tidak seperti sangkaan adik-adik.

Sangat terkesan dengan ini. Sehingga di bawa bersama mimpi-mimpi. Ya, aku merindui Ustazah Badariah. Ustazah sekolah rendah agamaku dahulu. May Allah take care of you and gives you a good health.

2) Do not die except as Muslims [in submission to Him].
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. It is not what we are now, it is all about what we are in the end. Husnul khatimah (ameen) or Su'ul khatimah (na'uzubillah). There is one whom doing good for entire of their life, but he end his life with su'ul khatimah and there's also whom doing lots of crime and bad things but end up with husnul khatimah. How that can be? Is Allah is being not fair to His slave. No. There must be a secret hidden behind that. Allah wanna teach us that no matter who you are now, it is not important. There's always hope above that.

SubhanAllah! This is really inspiring. Don't feel comfortable if now you're in the group of people that always doing good, do dakwah etc. Cause you don't know what will happen in your future death. Always pray to Allah to have the good ending and not the bad ending. We're going to face the alam barzakh and mahsyar with what are we in the end of dunya.

End with tadabbur. We continue with tajweed!
It's like been a long time that we didn't refresh on tajweed. Even though we recite al-Quran everyday but still there must be some flaws of our recitation. We learn back about mad asli (alif, wau, ya) and hukum nun sakinah and tanwin specifically on izhar halqi and izhar mutlaq. Having fun searching the words with those verses that we recite before. Alhamdulillah. I guess I need to gives them some notes so that they can digest it faster. InshaAllah. Ilmu with amal.

Then, we talk about the current issue. We were discussing about PRK Uniten. Ahah. Yet is was not the big current issue, but still it's important for us as we are Unitenians. :)

Lastly, Alia end our usrah with recitation of tasbih kifarah and suratul 'Asr.

Saturday, December 6

cerekarama.

Life is a test.
Life is so tough.
That Allah gives to all his slave.
It was hurt to face the cruel life.
That we don't know what is held in our future.
But only Allah know what is the secret of the secret.
A thousand hikmah that may be found on top of that.

InnAllaha Ma'ana. :')

Ibrah Sedalam Mana Cinta.

Mungkin kerana kesempitan hidup, seseorang itu sanggup menggadai kesetiaannya. Niat yang baik untuk menanggung perbelanjaan si isteri dengan memilih untuk berkahwin dengan orang yang berada, bukanlah suatu keputusan yang terbaik. Tapi mungkin habuan yang begitu menggoda dan keadaan yang begitu mendesak, menjadikan dirinya sanggup menipu dalam erti kata lain berkorban. Pengorbanan yang mungkin dirasakan kejam kerana sanggup menghiris hati si wanita, tapi daripada situ keputusannya bukan kerana sengaja.

Kerana Tuhan mengajar erti berbuat baik kepada sesiapa pun.

Wednesday, December 3

bakal grad.

Menanti waktu untuk mengucapkan kata ini..

Alhamdulillah.

Hari ini, bukan destinasi terakhir bagi insan marhaen yang bergelar mahasiswa dalam pelayaran mencari ilmu. Bukan perhentian terakhir sebuah pengembaraan musafir yang berkelana mengutip mutiara ilmu di negeri orang. Bukan satu pengakhiran cerita bahkan merupakan satu permulaan bagi satu episod baru dalam kehidupan yang bakal disusuli dan ditelusuri pelbagai ranjau, mehnah dan dugaan.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam perjuangan ini. Mak, abah, adik-beradik, keluarga, sahabat, guru-guru, penaja dsb. Terlalu banyak jasa, sumbangan dan pengorbanan yang telah kalian berikan sehingga tidak mampu bagi insan kerdil ini untuk membalasnya. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas dengan sebaik-baik balasan.

Jazakumullahu khairan katheera.

Tuesday, December 2

housemate.

I think I left out something.
It is just a simple thing but I guess it is important to jot this down.
Huhu.

It was a difficult decision that I need to do after come back to Muadzam.
Either to stay with my old housemates who I have being with since my Foundation time.
Or to move to the new house which is in the first floor. (Ayu, Nadia, Ana, Fitri and Zira's)

I have sleep there for a night but it seems not suits to me.
It is not that I am not comfortable with the condition of the house but I just scared that I will make them in trouble.
I am sorry for not staying and I have made decision to stay with my old housemate.
We are being so loyal to be together since Foundation. It is about 4 years thou.

Actually I didn't check in yet until my fellow call me quite some times.
I was like too lazy to settle it out. To go wisma, pejabat penginapan and so on.
Well, on that time my house is at the third floor.
How you gonna imagine I go up and down just for that.
Because of that, I have been penalty for my mistakes.

Ha okay forget about that silly mistakes I've done.
Maybe it is the syndrome of final semester student. Maybe la. Hehe.
Then after I have give them my mc, they asked me if I wanted to stay at the ground floor.
With my condition on that time, I spontaneously said that I want and that evening I went to the house and told my housemate-to-be. :)

Alhamdulillah, after a month staying with them, I can feel the bond between us.
Even though all of them are Foundation student, they were so close together.
I remember the first time I met them, they help me carry all my stuffs to the house.
I am so glad to have them that are very welcoming me to their house.

Thank you for accepting me in this house. I may be not so huha huha.
Well I just love your amusing character that makes me happy from day to day.
Thank you for hanging all my clothes, Intan. You make me really touched.
Actually I just wanna leave it for a while as I wanted to go to Pasar Sabtu on that time.
Suddenly, when I'm home, all my clothes gone! Thank you again dear.

Thank you for all your kindness. Will be missing you all!
I have only about 2 months something to be at Muadzam.
How sad. :(

I am not comparing my old and new housemates.
They were all too precious with different memories.
Thank you for making my day in Muadzam colourful.

overseas.

What to do.
Human being will never satisfy with his/her own life.
Everyone love to travel around the world.
Going to overseas and enjoy the 4 seasons there.

Same goes to me.
I always wanted to pursue my studies abroad after SPM.
But Allah always knows what is the best for me than I know myself.
His plan is always better than me that He took me to Muadzam to continue my study.

I redha with what Allah has given to me.
So many nikmah that He throw out to His slave.
But always, human being like me never be grateful on what she have.
Tend to jealous (not jealous but hmm indescribable feeling) with my friends who study abroad.

As I will be graduated (inshaAllah) next year!
My dream to study abroad before have change to travelling with mission.
InshaAllah gonna prepare myself financially, physically and spiritually for the mission.
And well, these are the countries that I prefer to go.

Makkah
Madinah
Turki
Japan
New Zealand
And the list goes on!

Bestnya kalau dapat travel alone. :D

Monday, December 1

teringin.

Aku teringin sekali menjadi orang yang..
Kata-katanya bisa menggugah jiwa jiwa yang besar.
Ilmu-ilmu ekonomi dan kewangannya penuh di lubuk dadanya.
Hal semasa dalam dan luar dunia hanya di hujung jarinya.

Ya. Setakat ini, tiga ini yang aku inginkan.
Mustahil atau tidak sebenarnya bergantung kepada diriku.
Allahu, moga bukan sekadar mimpi.
InshaAllah Ameen!