Wednesday, December 3

bakal grad.

Menanti waktu untuk mengucapkan kata ini..

Alhamdulillah.

Hari ini, bukan destinasi terakhir bagi insan marhaen yang bergelar mahasiswa dalam pelayaran mencari ilmu. Bukan perhentian terakhir sebuah pengembaraan musafir yang berkelana mengutip mutiara ilmu di negeri orang. Bukan satu pengakhiran cerita bahkan merupakan satu permulaan bagi satu episod baru dalam kehidupan yang bakal disusuli dan ditelusuri pelbagai ranjau, mehnah dan dugaan.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam perjuangan ini. Mak, abah, adik-beradik, keluarga, sahabat, guru-guru, penaja dsb. Terlalu banyak jasa, sumbangan dan pengorbanan yang telah kalian berikan sehingga tidak mampu bagi insan kerdil ini untuk membalasnya. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas dengan sebaik-baik balasan.

Jazakumullahu khairan katheera.

No comments: