Monday, December 29

penang.

Dan pada hari itu, aku perlu membuat keputusan yang bernas. Agar tiada yang kecewa dan tiada yang berduka. Hoho. Sounds so serious, but yeah. It's either to spend my time with my family at Penang or go to Muktamar. A really hard decision thou. Dipendekkan cerita, aku terpaksa memilih untuk ikut family ku ke Penang. Satu, sebab di hari kejadian, aku hanya perlu mencatit minit mesyuarat dan bukan menjadi pembentang. Dan pada pengamatan aku, boleh saja kerja mencatit itu nak digantikan dengan orang lain. Kedua, aku dah selesaikan segala kerja-kerjaku sebelum hari Muktamar. Tiga, aku jarang-jarang dapat peluang bercuti dengan family sendiri. So, why not? Ngee.

Tetapi untuk dikhabarkan keputusan untuk tidak join Muktamar ni kepada mereka amatlah berat. Serba salah dibuatnya. Kesian pulak Mira. The only one mantan akhawat yang dapat datang. I'm so sorry. :( Dan akhirnya aku bagitahu mereka pada pagi hari Muktamar diadakan. Dan keputusan untuk ke Penang sebenarnya baru decide hari sebelum itu. Ya, aku memang jenis last minute decision punya orang. Pernah sekali tetiba decide nak balik sehelai sepinggang sebab masa tu baru habis class. Terus shoot ke terminal dengan harapan ticket ada. Haha. Tapi faham faham jelah kan. Terminal Muadzam dah tak macam dulu. Memang terlajak laris tiketnya lagi-lagi yang nak ke KL. Dan salah satu peluang yang ada ialah ke Segamat dulu kemudian baru ke KL. Itu pun kalau tiket bas Segamat-KL ada. Masa tu memang habis tawakal jelah. Apa pun, alhamdulillah tiket ada! Syukur. Lepas ni boleh buat lagi balik on the spot ni. Hewhew.

Haa okay. Dah masuk cerita lain pulak.

Alhamdulillah, selamat sampai KL bersama Kak Ain, Yana dan Ieka. Dan sangat tak sabar untuk esok harinya. Trip to utagha bak ang! :D Ini kali kedua aku jejakkan kaki ke sini. Sebelum ni aku pergi Penang sebab Pakcik aku convo kat USM. Masa tu darjah empat kalau tak silap. Tak faham sangat erti jaulah yang sebenarnya. Bila dah besar sikit ni baru rasa nak menghargai keindahan alam yang Allah ciptakan. Betul-betul rasa beruntung sebab segala yang Allah ciptakan kat dunia ni tak sia-sia. Dan Allah suruh kita fikir. Fikirkan kebesaran Dia. Alhamdulillah atas nikmat selama 2 hari di Penang. Dah tahu dah mana nak cari hotel murah kat Feringgi. Tengok kat Trip Advisor kemain mahal hotel. Haa itulah namanya rezeki. Dekat pulak dengan pantai dan restoran nasi kandar. Jumpa pulak Jeruk Madu Pak Ali. Fuhhh. Rezeki alhamdulillah.

Perjalanan KL-Penang ambil masa dalam 4 jam. Alhamdulillah gerak pagi dalam tengah hari tu dah sampai. Merasa jugaklah lalu Jambatan Pulau Pinang yang baru tu. Tak sesak macam jambatan yang lama. Sampai je sana solat, makan dan check in hotel. Singgah kat sebuah masjid, tak sangka tu Masjid Terapung Tanjung Bungah. Hehe. Very nice view subhanAllah! Dah habis solat, singgah restoran nasi kandaq pekena sat satu dua menu di tengah hari yang panas membahang. Alhamdulillah, masih belum musim hujan masa kami pergi tu. Haa. Lepas rehat kejap kat hotel, petang tu kami pun ke pantai. Alhamdulillah. Dah lama tak merasa nikmat tengok pantai. Last pun masa awal tahun hari tu pergi Gunung Ledang, merasa air terjun. Dan seterusnya, perjalanan kami ke Bukit Bendera, Street Art pun bermula sehingga pada hari esoknya. Walaupun tak dapat merasa cendol atau pasemboq, tidak mengapa. Bukan selalu dapat moment sebegini. Cuma agak ralat kali ni sebab sorang adikku tak dapat join sekali sebab tengah praktikal masa hari kitorang pergi. Baru faham perasaan orang kerja tak dapat cuti.

Belanja sikit gambaq Penang.







Tamat kisah jalan-jalan Penang. Kembali kepada tujuan utama, kenduri kahwin dan balik kampung! Bai bai FYP! *waving hand* *evil laugh*

Macam tak best pulak cerita aku ni.
Maaf. T.T Aku memang tak pandai bercerita.

No comments: