Saturday, December 27

ujian.

*Scrolling Garis Masa Pengicau (Baca: Timeline Twitter)*

@FarahAtyra: Pray for kakak. (bersama gambar tangan Ama yang berlubang, tulang terkeluar :O)

Tanpa ragu-ragu, aku terus reply tweet adik Ama, bertanyakan apa yang telah terjadi. Dan katanya, Ama jatuh motor di Palam dan dia terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Ya Allah! Rupanya, tulang Ama patah dan terpaksa dimasukkan besi. Ngilu bila dengar dia bercerita. Tapi alhamdulillah, keadaan Ama semakin pulih. Semoga dia dapat jawab Final Exam sebaiknya. InshaAllah ada hikmahnya semua yang berlaku ni. Allah bagi rehat sekejap. :)

*Scrolling Garis Masa Pengicau (Baca: Timeline Twitter)*

#Banjir2014 #PrayForPantaiTimur #PrayForKelantan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Penuh whatsapp group dengan gambar banjir. Penuh garis masa pengicau dan muka buku dengan gambar, tulisan dan tidak kurang juga komen yang menyalahkan itu dan ini. Sedih sekali melihat keadaan negeri yang hampir lumpuh itu. Harta yang melimpah digenangi air. Rosaknya tanam-tanaman. Rumah dinaiki air hingga ke paras bumbung. Terputusnya hubungan, tidak boleh call atau message. Terpaksa berlapar beberapa hari kerana bekalan yang tidak mencukupi. Yang lebih menyayat hati, keadaan hospital yang dinaiki air.


Ujian ini pastilah Allah timpakan kepada kita bukan sia-sia. "Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Bersabarlah dengan kesabaran yang indah. Fasobrun jamil. Tingkatan sabar yang tertinggi. Menerima musibah yang menimpa dengan rasa redha malah sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ujian Allah adalah tapisan bagi mengangkat darjat hamba-Nya di sisi-Nya. SubhanAllah! Bersabarlah dengan kesabaran yang indah. :)

Ama,
Semoga kau cepat sembuh!
Bittaufiq wannajah for your exam.

Bumi yang digenangi air,
Telanlah air ke dalam perut bumi.

No comments: