Thursday, December 11

ustazah mar.

Tidak ku ketahui si empunya diri.
Sehinggalah suatu hari di mana terpisah nyawa dari jasadnya.
Baru ku kenali, Ustazah Mar merupakan isteri kepada Pakcik Nahar.
Betapa sayunya hati melihat pemergiannya walaupun hanya melihat post-post di fb.
Aneh sungguh rasa ini, walau tak pernah berjumpa tetapi hati turut merasa kesedihan atas kehilangannya.

Kini, sudah genap seminggu Ustazah Mar pergi.
Dan setiap hari selepas pemergiannya, Pakcik Nahar akan berkongsi segala budi pekerti dan kegigihannya sebagai seorang isteri, murabbi dan teman seperjuangannya di dalam status-statusnya di fb.
SubhanAllah! Aku begitu terkesan dengan penulisan itu sehingga dapat merasakan kasih sayang dan kekuatan Ustazah Mar dalam menjalani hari-harinya.
Begitu segar dan membasahkan jiwa-jiwa terutamanya anak muda yang bakal menempuh kehidupan berkeluarga dan asset kepada ummah.

Dikongsikan oleh anaknya tentang keadaan Pakcik Nahar setelah kematian Ustazah Mar.
Anaknya mendapati bapanya seringkali istighfar dan solat taubat kepada Allah melebihi dari rutin kebiasaannya sebelum ini.
Apabila ditanya kepada bapanya, beliau menjawab.

"Aku bertaubat kepada Allah kerana aku terlalu mengingati isteriku hingga aku bimbang bahawa aku kurang mengingati Tuhanku." - Buya Hamka

Am so touched.
Rasa betapa jauhnya kehidupanku dengan mereka.
Terima kasih atas perkongsiannya dan peringatan untuk semua.

Hari ini aku belajar.
Kesusahan yang kita hadapi sekarang bukanlah alasan untuk kita terus dengan kesusahan itu.
Jadilah insan yang sentiasa bermanfaat kepada orang lain.
Lakukan segala kerja dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

Terima kasih atas qudwah hasanah, Ustazah Mar.
Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan mengampunkan segala dosa-dosamu.

No comments: