Thursday, December 31

2016.

Pernahkah manusia bergembira dengan kenaikan kos hidup? Tidak!
Pernahkah manusia bergembira kerana kematian? Tidak?

Maka mengapa manusia bergembira meraikan kehadiran tahun baru yang menjanjikan kos kehidupan yang semakin tinggi dan kehidupan yang semakin dekat dengan kematian?

Sesungguhnya manusia ini memang pelupa dan lalai dalam kehidupan. Terlupa akan pemutus segala kelazatan hidup - MATI!

***

Setuju!
:'(

Terima kasih kepada empunya status yang kutemui di fesbuk ini.
Yang menyedarkan bahawa setiap saat yang berlalu, bermakna setiap saat makin dekatnya kita dengan kematian.
Mungkin kita terlalu kagum dan bangga dengan kehidupan di dunia ini sedangkan yang lebih utama ialah bagaimana kehidupan kita di akhirat nanti.

"Bahkan kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Al-A'la, 87 : 16-17)

Kerana Allah tahu semuanya tentang segala isi hati penciptaannya.
Dan dia tidak pernah lupa untuk mengingatkan kita di dalam kalam cinta-Nya.

Tetapi, pada suatu sudut pandang yang lain.
Tidak salah untuk kita mengenang kembali masa-masa lalu yang telah kita tempuhi.
Bersyukur dengan segala pemberian-Nya walaupun kadangkala hadiah itu terbungkus dalam bentuk nikmat mahupun musibah.
Syukur. Kerana itu ternyata tanda Allah masih mengingati dan menyayangi kita sedalamnya.

Begitulah misterinya masa hadapan.
Apa yang kita perbuat hari ini serba sedikit mencorak apa yang menjadi rahsia di depan.
Kita bisa merancang perjalanan hidup ini bagaimana, tetapi pasti dengan izin-Nya semua itu kan berlalu.
Jadi, jangan berhenti berharap yang baik baik untuk masa depan yang penuh dengan kejutan ini.
Yakin dengan janji-Nya, "Allah sentiasa mengikut sangkaan hamba-Nya." :)

***

Well. It's a brand new year.
And life continues..

I can't thank you enough to everyone that ever bumped into my life.
Thanks for giving me 'something'. Something to learn in the journey to hereafter.
Jazakumullah khayran katheera!

We might not see each other anymore in this world, but..
May Allah swt reunited us in the best place that we ever dream forever. :)

Current mood: Missing everyone! >.<

Thursday, December 24

his birthday.

Assalamualaikum, wahai belog!
Maafkan saya kerana lama menyepi.
Baru terbuka hati nak menulis di sini. ^^'

Alhamdulillah.
Tak sangka kita dah hampir di penghujung Disember.
Terlalu banyak momen-momen yang disemai sepanjang 2015 ini.

Kalau saya ada super saiya, mahu saja diputarkan balik masa ke belakang.
Untuk memperbetulkan segala keadaan dan menikmati setiap saat keindahan.
Tapi semua itu mustahil bukan? :)

* * *

Dan hari ini, hari yang paling istimewa sebenarnya. :')

Masa zaman sekolah, kita excited nak berarak.
Lawan sepanduk class mana yang paling cantik.
Siapa yang paling kuat dan seragam berselawat.
Tapi tak tahu pun 'kenapa' kita perlu berarak bagai kannn.

Bila dah besar sikit, kita mula memahami.
Ada benda yang jauh lebih penting dari semua itu.
Ada sesuatu yang perlu kita perbuat sebagai tanda cinta padanya.
Kerana tanpanya, tiadalah kita bernafas dengan udara islam dan iman.

Sejujurnya, terasa malu dengan diri sendiri.
Terlalu jauh sekali diri ini dibandingkan perjuangannya.
Terfikir, layakkah diri di saat ingin meminta syafaat daripadanya.
Baru sedikit teruji, cepat saja ingin mengeluh dan melemah. :'(

Sollu 'ala nabi..
Selamat hari lahir, wahai kekasih Allah.
Yang sentiasa dirindui penduduk bumi ini.
Terima kasih untuk segalanya..

* * *

Sampai salamku buat yang tercinta,
Yang terulung yang mulia,
Bulan pun menunggu kehadiranmu.

Mungkin tak dapat ku melihatmu,
Belum masa untuk kita bertemu,
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu.

Sungguh yang terindah langit dan purnama,
Bagai malam yang hadir mengadukanmu,
Cinta yang terindah gemerlaplah sudah,
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu.

Dalam doa aku selalu kau ada di depanku,
Ku memohon kau selalu berada di hatiku,
Terjatuh ku memohon pada Yang Esa.


Salah satu lagu yang selalu diputar balik dalam playlist.
Sangat terkesan dan sungguh bermakna. :')
Sanah helwah ya Rasulullah.

takut.

Adakala kita takut untuk hadapi realiti kehidupan di hadapan.
Adakala kita takut untuk meluahkan kata-kata jiwa yang terbeban.
Adakala kita takut untuk membuat sebarang keputusan yang mendebarkan.

Ketakutan ini, mungkin saja kerana tidak jujur dan hilangnya percaya pada diri.
Merasakan tiada lagi daya kemampuan pada diri di saat-saat tiada tempat kebergantungan.
Meletakkan segala beban di atas bahu sendiri sehingga merasa berat memenuhi pengharapan.

Pada suatu masa, perihal ketakutan ini mungkin bisa meracun jika tidak dibendung dengan segera.
Bisa membuat diri melihat hidup seperti tiada lagi harapan, bahkan membawa kepada putus asa.
Namun yang sering dilupa, hikmah pada setiap 'ketakutan-ketakutan' itu yang pada akhirnya memberi 'sesuatu' pada diri.

Hikmah yang pasti terlalu banyak.
Cuma mungkin belum terlihat di sebalik sisi-sisi kehidupan.
Teruskan melangkah meninggalkan ketakutan itu pergi! :)

Sunday, November 29

judgement.

Seringkali judgement dikaitkan dengan first impression. Mungkin tak semua orang begitu tetapi pada realitinya kebanyakannya memang begitu. Dan kerana itu, berhati-hatilah dalam menimbang tara. Kehidupan ini memerlukan kita untuk lebih memerhati daripada lebih bersangka hati. Apatah lagi dengan orang yang baru kita kenali beberapa hari. Sedangkan yang sudah kenal bertahun-tahun lamanya pun tak semua benda kita ketahui. Kan?

Ada orang, dia mengenali seseorang itu dengan sisi baiknya. Ada orang, dia mengenali seseorang itu dengan sisi buruknya. Yang baik, jangan terlalu sanjung. Yang buruk, jangan pula dikeji. Sunnatullah, Allah menjadikan seseorang itu dengan segala macam kebaikan dan mungkin hanya beberapa titik kelemahan. Pada hakikatnya, jika semua orang tahu, pasti tiada yang akan berkecil hati kerana sentiasa bersangka baik bahawa semuanya tidak sempurna malah hanya Allah yang benar-benar sempurna. :)

Sudah beberapa kali Allah memberi pelajaran pada kita. Yang kadangkala membuatkan kita berfikir dan harus sentiasa mensyukuri. Sungguh Allah itu Maha Adil. Namun manusia itu sendiri yang sering menumpu kepada sekecil-kecil titik hitam pada luasnya helaian putih. Pelik kan? Belajarlah untuk sentiasa bersangka baik. Memang kadang-kadang ada satu tahap mungkin kita sudah tidak boleh untuk bersangka baik kerana reality sebenar tetap menyakitkan hati. Apa pun, doakan yang terbaik untuk dirinya. Kita tak rugi mendoakan sebanyak-banyak kebaikan kepada orang lain, bahkan lebih disayangi Allah dan pasti diberi lebih banyak kebaikan kelak. InshaAllah.

Setiap kali bila sebut tentang bersangka baik, mesti teringat ayat ni.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Hujurat : 12)

Agaknya, apa lah first impression orang terhadap aku? Nak juga tahu sebenarnya. :)

Monday, November 23

fitrah.

Belajar sesuatu hari ni.

"Bila terasa lelah, ingatlah detik bahagia yang menanti kita di hadapan."
"Payah di dunia hanya sementara, Allah pasti ganjari setiap usaha menuju redha-Nya."
"Cabaran yang hebat sentiasa mendidik diri untuk menjadi lebih matang. Chin up!"
"Tuhan sentiasa memberi peluang pada insan yang sentiasa mencari peluang tersebut."

Tak dapat nak gambarkan perasaan yang terbuku.
Setiap kali diperdengarkan kisah inspirasi menyayat hati.
Dari insan-insan yang kembali pada fitrahnya, suci dari dosa.

Syukur.
Sebak.
Malu.

Hidup ini sudah terlalu selesa mungkin kerana tidak pernah menoleh ke bawah sebentar.
Makin rakus mengejar bayangan indah dunia. Mengimpikan hanya benda yang sementara.
Seakan terlupa tujuan hidup dan tanggungjawab syahadatul haq yang diamanahkan pada diri.

Tidak cukup dengan menyatakan syukur, tapi haruslah 'bekerja' untuk membuktikan kesyukuran.
Dan deen ini tidak cukup dengan 'tahu' tetapi apa yang telah 'dikerjakan' lewat-lewat hari di dunia ini untuk akhirat sana.

Carilah, kajilah, bekerjalah.
Sehingga kau betul-betul jumpa apa yang bisa membahagiakan di hari akhir nanti. :)

* * *

Lets start question in ourselves,
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind,
To push it all aside?

Take us in the best way,
Guide us every single day,
Keep us close to You,
Until the end of time.

Wednesday, November 4

syukur.

Syukur.

Ada orang, perginya kerana menuntut kehidupan normal.
Ada orang, perginya kerana melunaskan tanggungjawab menyara keluarga.
Ada orang, perginya kerana mengumpul wang menyambung pelajarannya.
Ada orang, perginya kerana persiapan untuk hari bahagianya.
Ada orang, perginya kerana ibunya yang sakit harus ditanggungnya.

Semua orang penuh dengan tujuan dan kesungguhan masing-masing.
'Big why' yang menyebabkan keberadaan mereka di sini.

Aku?
Entah.
Kenapa ya aku di sini?

Monday, November 2

dunia baru.

Hari-hariku berlalu seperti waktu dinihari.
Cuma lainnya, kini terisi dengan kerja 'duniawi'.
Di samping menyempurnai kewajipan kerja hakiki.
Meski apa pun ku syukur pada yang maha ilahi. :)

Mengenali mereka buat pertama kalinya.
Anugerah tuhan yang pasti penuh hikmahnya.
Yang belum aku gali dan terokai setiap satunya.
Berlainan cara gaya, berbeza dari kebiasaannya.

Oh terkadang, aku begitu tersesak sendiri.
Diriku seolah seperti si robot menjalani hari.
Entah sampai bila harusku lewati hidup begini.
Husnuzzon? Mungkin ini sememangnya rentak di sini.

Ayuhlah 'move on' dari perkara-perkara yang kecil.
Tatkala masih banyak misi besar yang belum terhasil.
Jadilah kita manusia yang sanubarinya sentiasa mahu adil.
Walau hidup tiadalah sehebat, ku hanya insan yang kerdil.

:)

Just..

"Enjoy the life you live."
"Focus on what you can do."
"Give others what you have."

Thank you for the lesson learned!
I am looking forward to learn more from you. :)

Wednesday, October 14

new leaf.

Bacaan di tahun baru. :')

Assalamualaikum wbt, Dear Blog!
Salam Maal Hijrah 1437H. Alhamdulillah. ^_^

Moga-moga tiada lagi tulisan yang negatif di sini.
Moga-moga tiada lagi tulisan yang merepek-repek di sini. Hee.

Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik.
Menjadi orang yang bermanfaat pada seisi alam di muka bumi ini.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.
Menyediakan ruang dan medan untuk aku memuhasabah diri.

Terima kasih, semua..
:')

Saturday, October 10

reflection.

"We spend so long worrying about life, our financial status, marital status and so on and so forth. As a result of this, we forget who has control over our lives.

Allah is the real solver of problems. The more time we spend worrying, the longer Allah will leave us to worry about such problems.

The sooner we accept that all power lies with Allah, that ultimately He has the ability to change our affairs and circumstances, and by submitting to Him entirely with firm conviction that He will aid and assist us, we shall certainly see His helping hand InshaAllah.

It's a matter of how much we trust Allah's ability to save us from our own selves. Because He is able to do all, no doubt. However the question is do we have the ability to trust Him wholeheartedly?"

T.T
Thank you for the reminder.

Sunday, October 4

menjadi diriku.

".. Bila Allah tiup roh dalam janin, Allah dah tentukan 3 perkara. Rezeki, jodoh dan ajal. Kita sangka baik dengan Allah. Farhana anak yang baik mesti Allah bantu dan mudahkan segala urusan hidup Farhana."

Pesanan dari seseorang yang sudah ku anggap seperti ibu sendiri. Tetapi bila direnungi sedalamnya ucapan yang mungkin nampak simple ini, ia begitu mendamaikan di hati, memberi kekuatan tatkala jiwa ini amat membutuhkannya. Jazakillah khayr katheera. :')

Dan alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Aku dah 22 tahun weyh! :O Even i'm so not ready. Huhu.
Tapi itulah kenyataan dan realiti yang perlu aku hadapi.

Walaupun ia hanya sekadar nombor.
Tapi sedikit sebanyak ia menyedarkan aku tentang masa yang pantas berlalu.
Tentang apa yang telah aku perbuat untuk hari hari esok ku nanti tatkala masih di dunia ini.

My life is too short!
Am I living this life the way He wants?
Am I living the best version of myself?
And the list goes on..

Dan aku..
Sangat mensyukuri apa-apa yang diizinkan berlaku pada hayatku selama ini.
Tentang setiap pertemuan, tentang setiap kejadian, tentang setiap kekhilafan diri.
Kerana daripada itu, aku sentiasa belajar untuk menjadi diriku sendiri. :)

Terima lah lagu ini,
Sempena hadiah hari jadi buat diri sendiri.
:')

Menjadi diriku,
Dengan segala kekurangan,
Menjadi diriku,
Atas kelebihanku.

Terimalah aku,
Seperti apa adanya,
Aku hanya insan biasa,
Ku pun tak sempurna.

Tetap ku bangga,
Atas apa yang ku punya,
Setiap waktu ku nikmati,
Anugerah hidup yang ku miliki.


Selamat hari kelahiran,
Nurul Farhana binti Selamat.
Cahaya kegembiraan. ^.^v
You're awesome! Hehe.

PS. Terima kasih semua yang wish dan doakan saya hari ini. Semoga Allah kabulkan segala doa-doa kita dan melantunkan kembali setiap doa tersebut kepada kalian. Moga Allah merahmati kalian di mana jua kalian berada. Everyone of you are special to me. Thank you for everything! <3

Tuesday, September 29

melbeng journey.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang tujuan sebenar aku ke sana. Sebab agak mengejutkan juga lah decision ni dibuat. Hee. Pertama sekali sebenarnya, aku cuma nak meneman Kak Kim untuk ke program Al-Maghrib di sana. Dan kata Kak Kim, dua hari tu memang akan diisi dengan seminar dan kami hanya ada masa sehari saja untuk jalan-jalan di sekitar Melbourne. Terus saja aku setuju bila Kak Kim kata nak feeling-feeling musafir mencari ilmu di perantauan. Hee. Tak kisah lah orang kata gila ke buang duit ke apa (sebab kat Malaysia pun ada je seminar Al-Maghrib). Haa. Tapi bagi aku, experience ini lah yang lebih bermakna daripada jalan saja-saja tanpa dapat 'sesuatu'. Dan yang penting Allah izinkannya berlaku jua, Alhamdulillah.

So, basically dua hari di University of Melbourne kami memang duduk dalam hall mendengar mutiara kata dari Sheikh Yahya Ibrahim tentang Love Notes. Betapa sukanya kami pasal seminar Al-Maghrib ni ialah kerana, speaker Al-Maghrib tak pernah tak buat ayat deep-deep yang boleh meruntun jiwa orang yang mendengarnya. Setiap anologi yang diberi betul-betul membuatkan kita rasa kerdil di muka bumi Allah ini. Dan terima kasih Allah, atas kesempatan ini. Dapat juga kenal-kenal all the sisters yang join seminar ni. Bukan kami saja yang dari oversea (Malaysia :P), ada juga yang dari Singapore, Indonesia dan lain-lain. Begitulah terasa nikmatnya ukhwah. Di mana anda boleh je berborak bersama atas dasar aqidah yang sama. :)

I love the gems very much!

Oh ya, kebetulan masa kami on the way nak pergi seminar hari tu, kami terserempak dengan lautan manusia kuning di Federation Square! Hoho. Apa lagi, kami pun terus singgah memeriahkan suasana. And feeling like home bila jumpa Malaysian di sini. Borak-borak dalam bahasa melayu lah cerita dia. Haaa. Tapi niat asal, bukanlah nak condemn government sepenuhnya. Rakyat cuma mahukan keadilan dan ketelusan sebagai warga marhaen sahaja. Percayalah, dunia akan aman jika government dan rakyat bekerjasama. Kannnn? :D

Ramai sangat manusia sampai ada yang berdiri kat bahagian atas tu. Nampak tak?

Malaysia Boleh! Yeahh!

Long story short, the next day baru kami sempat jalan-jalan area Melbourne. Huhu. Memang fully utilized lah seharian tu. Sedih pun ada jugak, last day di Melbourne. :'( Rasa nak extend cuti je masa tu. Serius kena pergi at least seminggu kat sana lagi. Ngee.

Dan antara tempat yang kami sempat pergi di sana,


Hehehe. Thanks to Dina sebab draft kan perjalanan seharian kami. ^_^v Patutnya Dina join kami tapi dia ada 2 exam hari tu. Huhu. Kesian Dinaaaa. ^^' 

Well, apa lagi nikmat yang hendak didustakan bila kau boleh jalan-jalan seluruh Melbourne hanya dengan menaiki tram yang FREE! Ulang suara FREEEEEEEEE. Hahaha. Rasa macam tak nak balik je bila tahu boleh ke mana-mana hanya dengan naik tram. Sebagai penggemar public transport, aku sangat suka tinggal di Melbourne! Mohon LRT di KL ni pun free nanti ya. Sorry ter-over pula. Tapi aku memang suka environment kat sini. Sangat sihat, sangat bersih dan sangat tenang. Kat sini tak ramai naik motor, mereka lebih suka naik basikal dan tram. Even pejalan kaki pun lebih diberi keutamaan berbanding kereta. Haaa best kan! :D

Okeh, mari kita lihat gambar berbicara. :)

Tram depan Queen Victoria Market. Berdekatan rumah Dina.

State Library of Victoria (Outside)

State Library of Victoria (Inside). I loikeee the design very much!

Peaceeee! ^-^v

Wajiblah acah-acah study bila dalam library. >.<

Flinders Street Station

Menanti kehadiran tram. Hehe.

Teringat pula peristiwa kami salah masuk tram. Dialog dengan pakcik Tram.

"Is it the right tram to go to the Shrine of Remembrance?"

"Oh sweety girls, I love you soo much! But I'm sorry. I can't bring you there. I love you but you must take the other tram over there. I have to stop this tram."

"Oh okey, thank you soo much!"

"Have a nice journey girls. Nice to meet you!"

Mula mula dengar driver umur lebih kurang 40-an tu cakap macam tu, kami terus terdiam. Baiknya kata-kata dia. :) Dan paling terkejut tiba-tiba masa dia nak beredar dia cakap, "Assalamualaikum! Bye!"

Kami terkesima sebentar. Dan sama-sama menjawab, "Waalaikumussalam!" with a wide smile in our face. Hehe. Indahnya bila bersaudara. :')

Dan, ini pula Masuss! Anjing yang sangat manja dengan tuan dia. 
Masa ni sempat main sekejap dengan Masuss sementara tunggu train otw to Brighton Beach.

Melbourne City dari kejauhan.

Colourful Big Box at Brighton Beach! Sooooo cute! xD

Shrine of Remembrance.

Our lunch, Nasi Briyani. Yummy!

Haiiii Batman! ^_^

St Kilda Beach. Tengok sunset dan penguin. Ngee. 

End of journey! Thank you everyone!

Dina, Hanis, Ajlaa, Hanim.
Terima kasih sebab tumpangkan kami di rumah korang dan masak sedap-sedap untuk kami (asam pedas, sup ayam, ayam black pepper, brownies).
Terharuuuuuu! Dengan layanan yang macam vip dah haaa.

Kak Kim & Kak Syu!
You guys are really awesome. Best dapat dengar banyak cerita dari akak-akak. 
Nanti kita travel lagi hokayyyy! ^^,

melbeng journey.

Tiba di KLIA2. Tanpa sesiapa menemani. Pertemuan kali pertama bertentang mata antara aku, Kak Kim (senior SBPIJ) dan Kak Syu (kawan Kak Kim). Bermusafir bersama orang yang tak pernah kita kenali (kenal tapi tak rapat. :D) pasti luar biasa pengalamannya. Dan aku lebih gemar begitu. Sikap seorang introvert mungkin. Memerhati dan mempelajari. ^_^

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam di dalam flight. Kematu juga kepala dan anggota badan yang lain kerana tidak bergerak ke mana-mana. Hanya buka mata, toleh kanan, toleh kiri, tutup mata balik. ZzZzz. Dan bila lapar, makan. Sambil borak-borak dengan akak sebelah seat. Ya. Aku, Kak Kim dan Kak Syu terpisah tempat duduk sebab kitorang tak nak kena charge tambahan semata-mata sebab nak pilih tempat duduk sama. Haha. Nampak lah jimatnya tu kan? Tak apa lah, dapat kenal-kenal orang lain dalam flight. Hehe.

Banyak juga kejadian menarik yang berlaku sepanjang 8 jam dalam flight. Dengan ragam perangai sorang-sorang. Yang kecik, yang dewasa. Haihhh. Hanya mampu sengih dan gelak dalam hati je. Sangat menghiburkan. Kihkih. Jahat Farhana ni. ^^'

Jam menunjukkan tepat pukul 11.15 pm di Australia. Dan akhirnya selepas 8 jam, kami pun tiba di Tullamarine Airport, Melbourne, Australia. Alhamdulillah! Serius rasa penat gila duduk dalam tu. Memang selama ni tak pernah pun travel 8 jam. Balik Muadzam pun 5 jam je kot. Huhu. Macam mana lah yang berhari-hari dalam flight tu kan. Korang memang hebat! >.<

Di immigration, lain pula ceritanya. Cuak dia rasa lain macam. Ya lah, sebab asyik dengar orang cakap, immigration Aussie ni strict gila. Semua benda dia check. Hatta makanan berbiji pun tak bagi bawak. Pehhh. Dan ada sedikit babak kami dengan pakcik immigration yang muka garang tuh. Huhu.

"Why you come here girls? This one you write for convention right?"

"Yup, we are going to convention tomorrow."

"Oh, where is it?"

"University of Melbourne."

"Owh that's nice, gooood girls!"

Dan pakcik yang bermuka garang itu pun senyum dengan lebarnya! Ohmai. Legaaaaa. Pakcik ni bikin kami ketakutan saja. Terus rasa berbunga-bunga lepas pakcik cakap camtu. Hoho. Alhamdulillah dipermudahkan. :')

Seterusnya, tanpa melengahkan masa sebab dah tengah malam dan kesejukan sudah mula mencengkam di Melbourne, kami pun ambil cab untuk ke rumah Dina (junior masa di BTS dulu). Dan ini juga, suatu lagi perkara yang Allah permudahkan. Asalnya plan nak tidur di rumah Sis Muneera (Ameerah Al-Maghrib) tapi last minute Dina offer kami tidur di rumahnya. Rumah dia pula kebetulan 15 minit je dari University of Melbourne, tempat seminar Al-Maghrib diadakan. Alhamdulillah sangat sangat. Thanks Dina dan rakan-rakan atas kesudian memberi tumpang. And yes indeed, Allah is the best planner. <3

Gambar wajib sebelum fly? Hahaha.

Indahnya menghirup coffee tatkala angin sejuk menggigit tubuh. ^_^

Full house seminar! I'll always love to join this again and again. :)

Hello University of Melbourne!

Jalan-jalan pusing Uni.



Thank you for having us. :D

To be continued..

Thursday, September 24

inspirasi.

Inspirasi tetap teguh berdiri,
Dalam gelap kau tetap menyinari,
Hanya satu persona tiada ganti,
Engkau bintang kau tetap menyinari,
Engkau bintang kau tetap menyinari.

:'D


Saya bagi 5 bintang untuk lagu ni! 
First time dengar dan rasa nak dengar lagi dan lagi dan lagi. ^^'
Sekarang ni pun, menaip post sambil dengar lagu ni. :3

Lagu ni tak silap didekasikan kepada Dato Siti Nurhaliza daripada Hafiz & Faizal Tahir.
Sempena 20 tahun pencapaian hebat beliau di dalam industri sebagai anak seni. :)

Okayh. Seperti mana tajuk lagu ini, Inspirasi.
Saya yakin semua orang ada sumber inspirasi dia sendiri.
Dan ada sebab juga mengapa seseorang itu menjadi sumber inspirasi anda.

Mungkin saja 'Inspirasi' kita itu seorang yang rapat dengan kita, mungkin saja dia sudah tiada di sisi.
Mungkin saja 'Inspirasi' kita itu seorang yang sentiasa menggembirakan kita, mungkin saja sentiasa menyedarkan kita yang alpa.
Mungkin saja 'Inspirasi' kita itu tidak pernah kenal pun kita, tapi kita tahu, kerana semangat dia lah, kita buat yang terbaik dalam dunia ini.

And the list goes on. :)

Whoever you are, thank you for being my 'Inspirasi'!
Lagu ini untuk awak, awak, dan awak.

Cause you're,
My inspiration. My BIG WHY! ^_^

"Engkau bintang kau tetap menyinari."

Saturday, September 5

encik genit.

Advantura Pulang ke Malaya. 
Karya, Badrul Hisham. 

Buku yang luar biasa daripada orang yang luar biasa. Sentiasa bercita-cita tinggi walaupun ideanya pada permulaan dianggap 'gila'! Tetapi berbekalkan ilmu kejuruteraan mekanikal dan semestinya kerana semangat berkobar-kobarnya mahu melihat dunia, segala kata-kata 'biawak' yang dilemparkan kepadanya tidak diendahkan. Pelbagai cerita menarik penulis yang kadang-kadang suspens dan mengujakan pembaca telah diceritakannya di dalam travelog ini. Penulis sentiasa membuatkan para pembaca tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya. 

Dan aku paling suka part di mana penulis berada di Iran, ditanya sama ada beliau syiah atau sunni. Bayangkan jika kita berada di tempatnya. Jika kita tidak kuat iman sudah tentu kita terus menjawab syiah kerana terus mengambil jalan mudah menyelamatkan diri. Tetapi Bro Hisham sangat pandai menjawab dengan idea yang spontan dan selambanya walau dalam keadaan yang sangat genting ketika itu. Hebat!

Dan antara quotes yang menjadi inspirasinya sepanjang perjalanan berbasikal dari London ke Malaysia yang berjarak kira-kira 11000km ini ialah:

"When you feel you want to give up because the dream is so hard, tell yourself you wanna give up one week later, it will slowly increase your motivational level."

"When the road get tough, keep on going day by day."

"Every word is doa, so don't be afraid to ask from Allah everything you want in your life." 

"In live or death situation, only Allah can save you."

"Live is wonderful the moment we set off from our comfort zone."

"I always believe after rain and thunderstorms, there will always be a rainbow."

"Take the world seriously but don't take yourself seriously."

So inspiring!

Dan untuk itu mari kita tanya pada diri adakah kita masih ingin hidup biasa-biasa, ataupun luar biasa?

Pasti indah bila diberi peluang mentadabbur alam, menjalani susah senang merantau negeri orang, mempelajari dan berkenalan dengan adat budaya orang lain. Hingga akhirnya kebergantungan seorang hamba kepada tuhannya amat dirasai dan menjadikan diri semakin dekat dengan rabbnya. :)

Mengembaralah, nescaya anda akan memaknai kehidupan ini sebenar-benarnya. :)


Ohh. Kenapa title post ni Encik Genit? Tengok saja pada tuan penulis ni. Dan memang kecik je orangnya in real. (Berani cakap sebab pernah jumpa dua kali time program DAO and YouthAce! ^^')

PS. Aku ambik masa lebih kurang sehari je baca buku ni. Habis tepat masa break ceramah 5 jam tadi. Mohon doakan misi mengambil lesen kereta kali ni lancar dan diakhiri dengan jayanya! Amin. Hehe. Okbai! >.<

Tuesday, August 25

sungai lui.

Pejamkan matamu untukku,
Dengarlah dunia berkata-kata,
Usah kau ragu di sini tempatmu,
Walau berubah di mata kita tetap indah,
Selagi kau masih percaya.

Ketawa kecewa terpisah,
Jalan yang lurus kian berhalang,
Adakah semua ini yang ku inginkan,
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata,
Ku harap ku masih percaya.

Sungai Lui - Aizat

* * *

Ada sesuatu pada melodi.
Ada sesuatu pada kata-kata.

Dan itu semua bisa membahagiakan.
:')

Sunday, August 23

indeed.

"Kita kena ingat bila kita susah, takda yang memberi susah melainkan Allah. Mungkin kita nampak kesusahan itu melalui 'orang lain yang menyusahkan kita', tetapi hakikatnya Allah yang memberi kesusahan itu melalui tangan-tangan hamba-Nya. Begitu juga kesenangan. Kita suka orang tolong kita tetapi hakikat kesenangan itu Allah yang beri melalui hamba-Nya. Dan berapa ramai yang Allah sesatkan dengan perantaraan ini tanpa melihat kepada sebenarnya siapa yang memberi. Hakikatnya, Allah lah yang memberi kesenangan dan Allah jugalah yang memberi kesukaran. Sebab itu kita jangan putus asa. Bila kita tahu sumber kesukaran dan kesenangan itu adalah daripada Allah, maka takda putus asa sepatutnya. Sebab kita tahu Allah boleh mengangkat kesukaran itu menjadi mudah. Jadi, sentiasa lah berharap, memohon kepada Allah agar Allah sentiasa permudahkan urusan kita dan juga orang-orang lain serta orang-orang yang beriman."

Indeed. :')

Wednesday, August 19

hari konvokasi.

Masih lagi bercerita tentang musibah yang melanda negara. Susutnya wang, banyaknya pengangguran, ekonomi yang tidak stabil. Berfikiran positif sahaja mungkin sudah tidak relevan lagi untuk menghadapi situasi. Seumpama aku yang masih bayi dalam dunia realiti ini, betapa keadaan ini sedikit-sedikit mencengkam dan membelenggu keadaan diri. Begitu menyesakkan. Bagaimana mungkin aku mahu hidup di dalam keadaan yang tidak harmoni ini.

Berfikir dan terus berfikir akan solusinya. Sesuatu perlu diperbuat. Baik dari pihak individu itu sendiri sehingga kepada pihak yang berautoriti. Nasib hari ini pasti tidak sama dengan yang sebelumnya mahupun yang akan datang. Berada di zon yang hanya bergantung kepada sumber negara memang wajar dilenyapkan. Kerana kita punya Allah yang Maha Memberi Rezeki. Dan selayaknya kita sebagai hamba harus usaha berdiri di atas kaki sendiri.

Dan hari ini genap 4 hari selepas Majlis Konvokesyen diadakan. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dari-Nya. Syukur juga kerana Dia mengajarkan aku sesuatu pada saat ini. Secara peribadinya, dalam keadaan yang begitu mendesak sekarang, keperluan untuk menghayati ilmu ekonomi dan kewangan adalah amat penting bagiku. Dan Allah melorongkan aku ke jalan yang suatu masa dulu tidak pernah aku terfikir akannya, pasti dengan beribu macam hikmah yang tersembunyi. Moga aku bisa memberi manfaat. Rahmatan lil'alamin. InshaAllah!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. :')

Entah apa yang aku fikirkan saat ini. Perasaan yang bercampur baur. Dan aku tidak kisah tentang yang ini sebenarnya. Yang aku kisahkan cuma, perjalanan yang menanti aku di hadapan untuk sampai kepada destinasi akhir nanti. Tapi selayaknya aku bersyukur atas pemberian ini. Nikmat mana lagi yang aku dustakan. Sedang aku leka dan lalai, Dia tetap masih mahu memberi. Alhamdulillah.

Dan aku tidak akan berdiri di sini, tanpa insan-insan hebat yang selalu mendampingi diriku. :')

Kepada, mama dan ayah. Yang tak pernah putus mendoakan setiap kali kakak exam, yang banyak berkorban masa dan tenaga terutamanya masa kakak sakit dulu, yang selalu menyokong apa-apa yang kakak nak buat, dan banyak lagi perkara yang tak terucap kata terima kasih dari kakak. Selayaknya Allah yang membalas kebaikan mama dan ayah di syurga nanti inshaAllah. Begitu juga adik-adik yang kian membesar, yang makin faham erti kehidupan sebenar. Moga Allah redha akan kita semua.

Kepada, lecturer-lecturer. Terutamanya Madam Salwati (supervisor saya) - yang banyak melayan kerenah saya sepanjang fyp (dengan tukar tajuk last minute, tak ingat step eviews, lambat siapkan kerja nak dibandingkan dengan orang lain. >.<) Tapi madam tetap sabar sesabarnya membimbing saya. :') Seterusnya, Madam Suzaida, Madam Jay, Madam Noriza, Madam Mai, Madam Irene, Madam Noraini, dan semua yang pernah mengajar diri ini. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, nasihat yang menginspirasi dan kisah pengalaman yang dikongsikan kepada saya. Moral support yang diberikan terutamanya semasa saya nak give up dengan course Finance ni sebab rasa macam tak belajar apa-apa. >.<

Kepada, kawan, rakan dan sahabat. Terutamanya Akhawati Fillah (Senyum, Iman Circle & Jom Kita Ke Surga) yang banyak mendoakan dan membantu dalam memperbaiki diri. Sangat bersyukur bertemu kalian yang sentiasa memuhasabah dan menginspirasi diri ini. Atas segala hikmah dan nikmat, hanya Allah sahaja yang layak membalas segala kebaikan kalian kepada diriku. Jazaakillah khayral jazaa'. Seterusnya, Young Ace - yang banyak membantu aku dalam studies, tahan dengan kerenah aku yang selalu last minute buat kerja group assignment, huhu. Maaf sebab selalu susahkan korang tapi korang tetap tak pernah tacing-tacing. Im so blessed to be friend with both of you guys. Tak dilupakan, Family 'PPI-di-hatiku', Geng #PCFinalSem, Geng Finance, Geng Ytn, dan semuanya yang mengenali diri ini. Terima kasih kerana hadir melukis warna dalam lukisan hidup ku. :)

Kepada, Ytn dan Tnb. Terima kasih sebab support saya belajar selama 4 tahun di Uniten. Sangat bersyukur kerana ditatang bagai minyak yang penuh selama berada di bawah Ytn, dengan program-programnya yang happening, dengan staf nya yang sangat mesra pelajar dan dengan elaunnya yang sangat mencukupi. Hehe. Terima kasih sekali lagi. Moga kita dikuatkan jodoh untuk bertemu di Tnb pula nanti. InshaAllah. :')

And the list goes on.

Walaupun anda yang membaca ini tidak disebutkan di sini, ketahuilah anda begitu istimewa di dalam hati ini. Bagaimana bisa aku lupa, seorang demi seorang yang telah menambah gula, asam dan garam dalam kehidupan ku ini. Terima kasih atas segala kebaikan kepada ku. Dan aku yang begitu naif dan lemah ini, tidak akan mampu membalas setiap satu kebaikan yang kalian berikan. Hanya Allah selayaknya membalas kebaikan kalian dengan rahmat-Nya yang tiada tolok bandingnya. Terima kasih atas segalanya!

Akhir kalam. aku sedar bahawa ini adalah satu dalam seribu nikmat dan ujian sebagai hamba-Nya. Apakah setelah aku menerima, tidakkah aku memberi dengan sebanyaknya? Ya. Aku masih sama. Manusia yang tak punya apa-apa. Wahai Tuhan yang penuh kasih sayang, bimbinglah aku, bimbinglah aku. Tiada apa yang sempurna melainkan diri-Mu. Terima kasih untuk ini. :')

Umarrrr! :'D

My siblings! ^_^

Thanks a lot Uniten! <3

Monday, August 10

superwomen.

Makcik Masjid Ar-Rahman. 

M: Nak, tolong makcik ambilkan bungkusan pewangi yang tersangkut atas tu. Makcik tak sampai pulak nak capai.

F: Haa boleh boleh makcik. Makcik nak buat apa dengan benda ni?

M: Meh sini makcik nak basuh yang lama ni, pastu boleh isi pewangi yang baru.

F: Ohh takpelah makcik. Saya tolong basuhkan terus, banyak jugak ni.

M: Eh takpe takpe. Anak pergilah cari pahala yang lain. *Senyum*

F: *Senyum + speechless sebentar*

* * *

"Anak pergilah cari pahala yang lain."

Terngiang-ngiang lagi perbualan random ini dari seorang insan yang suci murni hatinya. Biarpun kudrat kian melemah dimamah usia namun itu tetap tidak membantutkan dirinya untuk sentiasa bekerja amal di masjid ini. Setiap kali aku ke sini, pasti ada saja yang sedang dilakukannya. Ya. Aku malu dengan makcik itu. Wajarkah aku masih bergelumang dengan perkara yang sia-sia sedang dia sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan walau dianggap kecil dan remeh di mata orang lain. Tetapi pastinya ia besar di mata Allah dengan nilaian ikhlas dan istiqamah nya.

Tahniah makcik. Kerana sentiasa memenangi hati saya.

Sudah lama kita tidak berjumpa. Moga dijaga-Nya selalu. :)

Sunday, August 9

yourself.

Favourite verse. 2:214

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."

* * *

Ujian,
Mungkin saja diberi untuk mencari hikmah-hikmah tersembunyi.
Mungkin saja diberi untuk menghapuskan dosa-dosanya yang lalu.
Mungkin saja diberi untuk meningkatkan darjat seorang hamba-Nya.
Mungkin saja diberi untuk mendidik hatinya agar tetap syukur dan sabar.

Lantas,
Terkadang manusia itu selalunya lupa.

Ujian,
Mungkin saja diberi untuk memuhasabah segala kekhilafan yang kita lakukan.

Sekali sekala,
Mari kita cuba menyalahkan diri sendiri.
Mari kita letakkan diri di tempat-tempat yang paling hina.

Amal kita lah yang compang-camping.
Ibadah kita lah yang tiada khusyuknya.
Diri kita lah yang semakin menjauh dengan-Nya.

Kesiannya diri kita.

Dan Allah menguji kita.
Dengan masalah kawan-kawan.
Dengan masalah duit tak cukup.
Dengan masalah kerja yang stress.

Apakah kita masih menyalahkan keadaan dan orang sekeliling?
Tanpa secebis melihat bahawa asbab semua yang berlaku itu adalah kerana tangan-tangan kita sendiri.

Maka, pandanglah pada diri.
Bersyukurlah Dia sentiasa mengingatkan.
Kerana kita sering lalai dan terlupa.

"If life treats you well, remember Allah.." - Bits of Heaven 
(really beats my heart! <3)

PS. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Kehilangan 2 orang yang begitu aku sanjungi kerana ilmunya dan kerana ketabahannya. Hari ini mereka pergi dan aku melihat husnul khatimah. Sungguh, kematian adalah sebaik-baik nasihat.

Sunday, July 26

raya oh raya.

Untuk yang memaknai hari-hari Ramadan, pasti akan merasai kesayuan saat meninggalkan detik-detik bersamanya lantaran masa yang amat mencemburui dan berputar dengan ligat sekali. Apa pun, hanya kalimah kesyukuran saja yang sebaiknya diucapkan kerana masih berpeluang menghirup udara Ramadan dan dikurniakan kelapangan masa dan kesihatan untuk sentiasa beramal di sepanjang bulan yang amat mulia ini. Dan akhirnya, di saat Syawal yang menerpa moga-moga ia memberi suatu motivasi dan inspirasi untuk kita konsisten berlumba-lumba melakukan amal kebaikan. Tidak pula kita menjadi sesumpah Ramadan, yang hanya alim dan warak ketika bulan Ramadan tetapi habis lingkup di bulan-bulan yang seterusnya. Wa na’uzubillah.

Alhamdulillah, kedatangan Syawal lebih dimaknai kerana ia bukan sekadar makan lemang, rendang dan ketupat, dapat duit raya $.$, bermain mercun dan bunga api, menonton cerita raya di tv3 atau memakai baju dan shawl yang baru, bahkan ia lebih daripada itu. Semakin membesar, kita akan lebih menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita dan lebih banyak masa yang kita berikan kepada mereka. Ya lah. Kerana tanggungjawab hakiki masing-masing, mungkin sedikit sebanyak membataskan diri untuk sentiasa bersama di hari-hari lain. Jadi, eloklah kiranya Syawal ini dijadikan masa wajib untuk bergembira bersama keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.

Ok. Adakah ayat ku sungguh cliché’? 

Ahaa tetapi hakikatnya begitulah. Selagi masih di depan mata, kita cuba untuk saling memanjangkan ukhwah dengan sesiapa pun. Walau terkadang ada juga rasa malu, segan, janggal atas kisah-kisah zaman silam (baca: kisah-kisah belum matang :p), tetapi anggaplah ia suatu zaman yang menarik yang semua orang pun pernah lalui. InshaAllah, moga-moga atas niat kita yang baik untuk sentiasa menjaga dan memanjangkan ukhwah, Allah kurniakan kebaikan yang berganda-ganda untuk kita di masa hadapan. :) Chill and move on gais!

Orait. Hampir seminggu lebih jugaklah kita beraya. Rasanya, masih tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang berlegar di laman ini! Maaf atas segala kekurangan yang ada dalam diri Nurul Farhana binti Selamat. Segala kata-katanya yang mengasari dan menyakitkat hati, perbuatannya yang terlanjur dan kejam, harap dapat dimaafkan. :’( Maafkan diri kerana tak dapat menggembirakan semua orang seperti mana namanya (farhana). Ada yang last minute tak dapat datang open house korang. Maafin gue! T_T Terima kasih atas segala pelajaran yang aku pelajari dari setiap satu nya daripada kamu, kamu dan kamu semua selama ini! Taqaballah minna wa minkum, ya Allah terimalah. :)

Alhamdulillah, tahun ni antara tahun-tahun yang paling best beraya. Sebab dapat jumpa dengan orang-orang special. Gituuu! ^_^ Terima kasih atas segalanya. :’)


PS. Jemputlah beraya di rumah saya. Haa kalau tak sempat, jemputlah datang convo saya. Lagi 2 minggu lebih je ni. #sisdedebar :p

Thursday, July 9

sang pencerah.

Sang Pencerah.

Untuk kesekian kalinya, berkesempatan juga aku menonton filem 'Sang Pencerah', karya Akmal Nasery Basral ini. Mengetahui tentang movie ini hanya setelah ber-trip Jejak Nusantara bulan lepas. Sepanjang perjalanan jaulah kami di Indonesia, kami disajikan dengan lagu-lagu Opick yang amat mempesonakan dan ditayangkan pula beberapa movie Indonesia antaranya Cinta Suci Zahrana, Kun Fayakun, Sang Kiai dan tak ingat beberapa lagi movies (mungkin sebab tertidur time movie tu!) Dan Dr. Aizat (tour leader kami) yang meng-recommend movie Indonesia seperti ini. SubhanAllah! Luar biasa. Agak lame jugak lah sebab baru nak download movie-movie Indonesia yang best amat nih. T.T Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk menonoton Sang Pencerah dalam banyak-banyak list movie yang aku ada. Yang ada tu pun banyak tak tengok lagi. Heh. InshaAllah moga-moga diberi kesempatan masa. :D

Filem ini menyaksikan perjuangan Kiai Haji Ahmad Dahalan dalam memperjuangkan Islam yang sebenar di tempatnya. Kaumnya yang mengamalkan Islam Kejawen amat susah menerima pembaharuan mengikut keadaan semasa sehinggakan KH Ahmad Dahalan dianggap kafir. Perjuangan ini sangat memberi inspirasi kepada diri ini terutamanya untuk sentiasa mencari ilmu kebenaran walau dalam keadaan semua orang memburuk-burukkan kita. KH Ahmad Dahalan begitu optimis dan merendah diri biarpun pelbagai cubaan dan ujian yang dihadapinya dalam memberi kefahaman yang sebenar tentang Islam. Ya. Ada beberapa babak yang membuat aku mengalirkan air mata. Mungkin serba sedikit memuhasabah diri tentang apa yang telah aku lakukan selama ini, sedang orang lain bertungkus lumus menyebarkan kesucian dan kemurnian agama ini. Allahu..

A very recommended movie! Please watch. :)

Di hadapan Masjid Agung (Gedhe) Kauman, Yogyakarta.
Kami, Dalam Sang Pencerah.
:)

Alhamdulillah, kami berpeluang menunaikan solat tahiyyatul masjid di sini.
Dapat menyaksikan perubahan kiblat yang ditonjolkan di dalam filem tersebut.

PS. Seminggu lagi. Pertemukan aku dengan-Nya.

Sunday, July 5

the promise.

Pinjam gambar ya Cik Husnaaa. :P

The Promise.
Karya, Husna Ramlee.

Buku ini punya aura nya yang tersendiri. Satu persatu butir katanya sungguh tepat mengena di hati. Memberi ruang di hati untuk mengimbas kembali hakikat diri yang sedang dijalani. Benar. Karya ini adalah hasil daripada manifestasi janji antara penulis dengan dirinya sendiri. Dan inshaAllah pastinya janji dan ruang saling mengingatkan kepada para pembaca nya juga agar tetap istiqamah menuju jalan yang diredhai-Nya. Bahkan, The Promise juga menonjolkan nilai-nilai kehidupan (kemaafan, kecintaan, kesabaran, persahabatan, pengharapan) yang adakalanya tanpa kita sedar nilai itulah yang sebenarnya menguatkan dan mematangkan kita. Antara bait kata yang menjadi kegemaran saya ialah tentang 'janji', 'memiliki' dan 'lama yang kembali'. Terima kasih penulis atas bait-bait indah yang dikongsikan. Sangat tidak sabar menanti buku kedua penulis setelah membaca teaser nya. Moga Allah redha semuanya! :)

Mengenali penulis hanya di alam maya pada awalnya. Selalu mengikuti perkembangannya di belog, fb, dan insta. Ya, anda punyai secret admirer yang tegar, Cik Husna. :P Alhamdulillah, Allah pertemukan kami baru-baru ini melalui program bersama. Malu nak tegur Husna at first. >.< Moga ukhwah dibina membawa kita semua ke syurga. Ameen!

Jazakillah khayr for this. Really appreciate it much. ;)


Thursday, July 2

daun.

Credit to Pakcik Google.

Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin.
Karya, Tere-Liye.

"Daun yang jatuh tak pernah membenci angin, dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, mengikhlaskan semuanya. Bahwa hidup harus menerima, penerimaan yang indah. Bahwa hidup harus mengerti, pengertian yang benar. Bahwa hidup harus memahami, pemahaman yang tulus. Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian, pemahaman itu datang. Tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan. Biarkan dia jatuh sebagaimana mestinya. Biarkan angin merengkuhnya, membawa pergi entah kemana."

*

"Cinta tak harus memiliki. Tak ada yang sempurna dalam kehidupan ini. Dia memang sangat sempurna. Tabiatnya, kebaikannya, semuanya. Tetapi dia tidak sempurna. Hanya cinta yang sempurna."

*

"Ketika kau kehilangan semangat, ingatlah kata-kata ku dulu. Kehidupan ini seperti daun yang jatuh, biarkanlah angin yang menerbangkannya."

* * *

Membaca tajuknya saja sudah membuatkan hati ini membuak-buak rasa ingin membaca isinya. Pada aku ceritanya ini memberi sentuhan yang lembut kepada hati-hati manusia. Mengenali kehidupan yang penuh dengan cinta, kasih sayang, kejujuran dan kesetiaan. Buku ini bersifat agak ringan dan santai. Walaupun ditulis dalam bahasa Indonesia tetapi sangat senang untuk difahami.

Watak Ibu, Tania dan Dede yang hidup dalam kesusahan telah berakhir dengan hadirnya seseorang yang dianggap sebagai Sang Malaikat dalam hidup mereka iaitu Danar. Tania dan Dede membesar dengan nyalaan semangat dari Danar yang merubah hidup mereka dari menjadi pengamen kepada hidup yang lebih sempurna. Pada masa yang sama, Tania dalam diam menyimpan perasaan terhadap Danar. (Yang pada aku, agak cliche' di situ. ^^,) Setelah Ibu meninggal, kehidupan Tania dan Dede diteruskan dengan bantuan Danar. Hadirnya Kak Ratna (teman kepada Danar) dalam hidup mereka, membuatkan Tania merasa tak senang hati. Sehinggalah pabila saatnya Danar dan Kak Ratna menikah, Tania berasa amat sedih dan terkilan sehinggakan dia tidak langsung menghadiri majlis tersebut.

Tania membunuh dirinya dengan perasaan yang dipendamkannya sekian lama. Benarlah cinta itu membutuhkan apa-apa sahaja dari diri kau. Cinta yang tak terbendung, mekar begitu saja tanpa meminta izin. Cinta yang terpaut usia hingga Tania ragu apakah Sang Malaikat juga memiliki sepotong rasa yang sama dan berkenan membalas cinta yang terlanjur bersemi. Dipendekkan cerita, hubungan Danar dan Kak Ratna selepas menikah sungguh menyeksakan. Danar bagai hilang arah kerana dia menikah dengan orang yang tidak dicintainya. Inilah cinta yang penuh misteri dengan takdirnya. Pabila Dede menceritakan hal yang sebenar bahawa Danar juga menyimpan perasaan terhdapa Tania, segala-galanya sudah terlambat. Dan pada akhirnya, cinta inilah yang menyedarkan bahawa hidup ini sememangnya perlu diteruskan jua.

Sebenarnya aku expect tinggi bila tengok tajuk cerita ni. Agak hampa sikit laa. Haa. Tapi takpa lah, InshaAllah dapat belajar sesuatu daripada kehidupan orang lain. :)

Wednesday, July 1

tamak pahala.

Menyebut tentang #tamakpahala, aku kira kalian juga mengenalinya. Suatu sosok yang begitu humble, yet sangat eager untuk sentiasa buat baik dan ajak orang lain buat baik. Bukan pada sesama manusia sahaja bahkan semua makhluk di muka bumi ini. Mungkin ada orang mengenalinya kerana isu 'I want to touch a dog' yang dahulunya mencetuskan kontroversi kerana tidak pernah dibuat di Malaysia atau boleh dikatakan kebanyakan orang Melayu merasakan ia sebagai suatu penghinaan. Tetapi dari satu titik inilah yang membuat aku ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Sejak itu aku mula meng-google dan men-stalk fb nya. Dan apa yang aku dapati, dia seorang manusia awesome yang bikin hati aku menjadi tisu setiap kali membaca apa-apa yang diceritakan di wall post nya. Satu per satu, tidak jemu aku membaca nya. Syukur Allah lorongkan aku untuk mengambil inspirasi darinya untuk sentiasa memberi dalam hidup ini. He is the one yang banyak tunjukkan qudwah hasanah walaupun dengan hanya sekecil-kecil perkara. As I said, so humble yet so eager! Mencari peluang yang ada untuk sentiasa membantu orang lain di setiap detik di mana-mana dia berada. Wish to be like him. Thank you for inspiring the whole world, amazing man! May Allah grant you Jannah for all your kindness. :')


And he is Syed Azmi.
Bacalah wall post beliau.
Aku yakin kau akan rasa banyaaaaaaaaaaak lagi tanggungjawab yang kau perlu buat dalam hidup ni.

Sunday, June 28

shantoh.

Hospital Visit @ HKL. 

Akhirnya, aku kembali ke sini. Kotak memori ku ligat mengimbau kembali kenangan yang tercipta di bangunan keramat ini. Sudah hampir setahun juga sebenarnya aku meninggalkan jejak di sini. Alhamdulillah. Bukan lagi datang untuk menerima rawatan tetapi datang untuk memberi inspirasi dan semangat yang ada untuk mereka yang masih berjuang melawan penyakit atau ku kira asbab yang Allah berikan untuk menghapuskan dosa. Aku bersama lebih kurang 50 orang volunteers lain dari Weekenders Club telah diberi peluang untuk mensantuni para pesakit di Wad Ortopedik dan Onkologi (Kanser). Tujuan kami ke sana selain untuk mensantuni mereka ialah kami juga indirectly memberi pendedahan tentang cara berwuduk dan bersolat semasa sakit yang telah di-monitor oleh brother and sister IOA. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan kami dapat wad onkologi. Dalam hati aku pada waktu tu, “Alangkah seronoknya kalau dapat visit balik wad aku dulu.” :’)

Ternyata, usai daripada visit tersebut aku seperti tidak dapat menahan sebak tetapi para volunteers telah diingatkan untuk mentally and emotionally strong semasa berhadapan dengan patient. Ya. Dan ini kanser. Kanser tahap 4. Yang semua orang di dalamnya berulang alik hospital dari jauh untuk melakukan chemotherapy. Dari raut wajah mereka, aku akui mereka sungguh redha dengan ujian yang Allah berikan. Mereka juga redha andai peluang hidup mereka hanya tinggal sekelumit. Sebak! Dan ada satu patient ini, lelaki dan agak muda (mungkin dalam awal 30-an). Perbualan dengan beliau tidak seperti patient lain yang kebanyakannya seronok memanjangkan perbualan. Dek kerana respond nya juga memberikan suasana sayu, kami memendekkan masa perbualan. Sempat juga kami mendoakan dan memberi semangat pada beliau bahawa aku juga pernah berada di tempat beliau dan berkat doa daripada orang lain dan pastinya atas izin Allah, inshaAllah dia juga bakal sembuh seperti biasa. Alhamdulillah, segaris senyuman terus terukir di bibirnya. Benar, kata-kata mudah untuk diungkap. Hati yang merasa, badan yang menanggung, hanya Allah tahu segalanya. 

Teringat aku pada pesanan seorang makcik. Katanya, beruntunglah orang yang ditimpa sakit kerana dia pastinya telah berusaha untuk mempertingkatkan amalannya kerana dia sedar mati itu terlalu dekat menghampirinya. Tetapi sebaliknya pula dengan orang yang sihat yang selalunya lupa bahawa mati juga menghampirinya walau mungkin dalam kadar sekelip mata. Allahu.. Sesungguhnya mati itu adalah sebaik-baik nasihat. Ala kulli hal, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menziarahi mereka di sini. Dan begitulah juga saranan untuk semua dalam suatu hadis yang menyatakan hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah memberi salam, mendoakan orang yang bersin dan menziarahi orang yang sakit. Moga-moga Allah menyembuhkan penyakit lahiriah mereka dan moga-moga juga Allah menyembuhkan penyakit batiniah kita semua. Allahumma ameen.


Shantoh Ramadan @ Kg. Baru-Chow Kit. 

Shantoh - A bag with love and smile. :')

Dan pada sesi petangnya pula, kami memberi lebih kurang 2000 shantoh (bungkusan) kepada orang ramai tidak kira agama, bangsa dan negara yang mungkin terperangkap dalam traffic jam di KL. Ya, walaupun semua volunteer kepenatan sebab program dari pagi tapi rasa semangat tu masih membara sebab semua gigih dengan senyuman memberi shantoh. Secara jujurnya, bukan selalu aku dapat peluang bersama sebegini dan hari ini betapa baiknya Allah kepada hamba-Nya, Allah berikan peluang untuk merebut pahala seluas-luasnya. Dan tinggal diri sendiri untuk memilih untuk merebutnya atau sekadar berdiam diri. Alhamdulillah, secara personally nya aku sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian dari family Weekenders Club. Suatu platform untuk aku meneruskan tujuan hidup aku di muka bumi ini dan inshaAllah kalau boleh aku nak semua orang di sekeliling aku pun join Weekenders! Yeah, moga yang membaca ini juga terbuka hatinya. :D



What a dayyy! :)

Monday, June 22

cirebon.

"Sejarah umat adalah sejarah perjuangan, bukan sejarah kalah dan menyerah." 
(Prof Dr Hafidzi Mohd Noor)


Di Cirebon, inilah tempat yang melengkapkan perjalanan jaulah kami dalam menjejaki sejarah perjuangan salah seorang daripada Wali Songo yakni Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah. Apabila namanya disebut sebagai Syarif, bermakna kedudukannya sama seperti nama Syed iaitu keturunan Rasulullah SAW. Keturunan Rasulullah SAW ini lahir sama ada dari jalur Hasan bin Ali atau Husin bin Ali RA. Kedua-dua mereka ini banyak terlibat dalam usaha-usaha penyebaran dakwah di nusantara ini. Dan sebenarnya diangkat menjadi pemimpin banyak tempat di nusantara. Contohnya Raja Perlis iaitu Syed Sirajuddin Jamalullail, beliau juga dari keturunan Rasulullah SAW. Selain itu, Syarif Ali yang menjadi menantu kepada Sultan Brunei. Jadinya, keturunan Sultan Brunei juga adalah daripada jalur Nabi Muhammad SAW. Begitulah juga Syarif Hidayatullah yang memberikan isyarat bahawa beliau juga adalah dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Dan apabila digolongkan sebagai Sunan, Sunan itu bererti mereka yang diberi kekuasaan ataupun mereka yang diberi amanah bukan sekadar untuk menjadi pemimpin, ulama atau pendakwah tetapi menjadi penguasa kepada daerah tersebut. Dalam erti kata yang lain, Sunan Gunung Jati ialah pemerintah ataupun penguasa tertinggi bagi wilayah atau daerah Gunung Jati. Kenapa dinamakan sebagai Gunung Jati? Kerana tempat beliau dimakamkan adalah di Gunung Jati. Pada zaman dahulu, memang kurang sopan jika memanggil ulama dengan namanya. Sebab itu dinamakan ulama ini selepas beliau meninggal dunia dinisbahkan kepada tempat di mana beliau dimakamkan. Sama juga dengan Sheikh Kuala di Aceh iaitu Sheikh Abdul Rauf. Beliau hanya disebut sebagai Sheikh Di Kuala sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada sumbangannya di atas jalan dakwah. Jadi beliau telah dimakamkan di Kuala maka sebab itu disebut sebagai Sheikh Di Kuala.

Kembali kepada Sunan Gunung Jati. Datuk kepada Sunan Gunung Jati adalah Maulana Ishaq dari Jazeerah. Bererti beliau ini adalah dari keturunan Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada versi yang mengatakan beliau datang dari tempat yang lain tetapi yang lebih sorih (tepat) adlah dari Jazeerah dan beliau pernah berdakwah di Pasai. Pasai ini adalah sebuah pusat kerajaan Islam yang kemudiannya hancur dimusnahkan oleh kerajaan Majapahit sekitar tahun 1360-an. Jadi, pusat pengajian Islam itu berpindah dari Pasai ke Melaka dan sebahagian besar dari ulama juga berpindah dari Pasai ke Pulau Jawa sama ada sebagai tahanan ataupun mereka berpindah kerana Pasai menjadi padang jarak padang terkukur akibat serangan Majapahit pada ketika itu.

Dan kita lihat di sini Maulana Ishaq mempunyai 5 orang putera iaitu Syed ‘Eis, Syeikh Yaakub, Khalifah Husin, Maulana Maghribi dan Maulana Gharibi. Tumpuan kita adalah kepada Syed ‘Eis di mana anak beliau diberi nama Syed Zain dan beliaulah Sunan Gunung Jati. Beliau pernah bermukim di Makkah, berpindah ke Jappara dan kemudian ke Banten. Seperti mana yang kita tahu putera kepada Sunan Gunung Jati iaitu Maulana Hasanuddin diangkat menjadi Sultan yang pertama di Banten. Dan beliau meninggal di Cirebon.

Di Cirebon, kami juga berkesempatan untuk ke Masjid Agung Cirebon. Masjid Agung Ceribon - Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) ini dibina pada tahun 1489 (menurut satu riwayat). Terdiri dari 74 tiang yang dibuat dari kayu jati tanpa paku. Tiang-tiangnya yang sangat padu itu ditopang oleh batu pejal berbentuk seperti labu. Ruang musolla yang asal terdapat pintu pintu masuk yang kecil sehingga seorang terpaksa tunduk untuk masuk ke ruang musolla.



Di mimbarnya ada terowong rahsia untuk imam atau pemimpin umat Islam menyelamatkan diri dari buruan Belanda sekitar 1670-an. Masjid ini dinamakan masjid agung Sang Ciptarasa. Merujuk kepada tarikh pembinaannya masjid Cirebon dibina adalah hampir 90 tahun selepas Masjid Melaka kerana Parameswara masuk Islam pada tahun 1414. Masjid Melaka dimusnahkan oleh Portugis namun Masjid Agung Cirebon masih berdiri. Seni binaan yang menyamai binaan hindu adalah pengaruh arkitek dan pekerja binaan dari Kerajaan Majapahit dan Pajajaran yang sudah berakhir dengan berdirinya kerajaan Islam Demak dan Ceribon. Mimbar asalnya di mana Sunan Gunung Jati menyampaikan khutbah dan menjadi imam masih utuh dan terpelihara. Satu lagi keunikan ialah 7 orang muazzin akan melaungkan azan serentak pada setiap waktu. Ia adalah tradisi yang kekal sehingga hari ini.

7 orang muazzin kita. ^_^


Bau kemenyan. Pengaruh Hindu sangat kuat di sini.


Walau apapun, Alhamdulillah diberi peluang ke Istana Keraton Kasepuhan dan Makam Sunan Gunung Jati setelah ke Masjid Agung Cirebon. Alhamdulillah walaupun ketika di Makam Sunan Gunung Jati kami hanya berada di luar sahaja kerana dikawal ketat oleh penduduk di sana. Sememangnya perziarahan kami ke makam Sunan Gunung Jati merupakan antara sesuatu yang cukup mencabar. Seperti mana yang berlaku di makam Maulana Hasanudin, di sini juga kedahsyatannya hampir sama. Perasaan yang sungguh aneh memenuhi ruang rasa pada ketika melihat sendiri orang ramai berbondong-bondong menyembah kubur-kubur di situ. Sedih. Sungguhpun Islam yang dibawa adalah dari jalur murni ahlus sunnah wal jamaah namun natijahnya melahirkan 2 aliran iaitu golongan santri (syariat yang murni) dan abangan (islam sinkretis dengan hindu bayrawa dan kebatinan). Moga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan kita.

:')

Salam Ramadan ke-5. Sejujurnya pengalaman di Indonesia memberi semangat dan inspirasi kepada diri ini untuk terus menekuni sejarah perjuangan dan sirah-sirah yang lain. Apakah buktinya mencintai Islam seandainya tidak ditelusuri sejarah penyebarannya di muka bumi. Ya Allah, moga dikurniakan kekuatan untuk memanfaatkan masa di bulan yang penuh barakah ini. Ramadan Kareem! :)