Saturday, January 31

sabtu.

Di hutan lipur ini.
Kita bermula dan berakhir.

Aku kira karakter manusia sangat istimewa.
Kau yang happy-go-lucky, kau yang pendiam.
Kau yang mesra alam, kau juga yang ganjil!

Sungguh ini semua bisa buat aku tertawa.
Melihat nikmat pencipta yang menakjubkan.
Tak kira dari segi apa sahaja. SubhanAllah!

Memori terungkap tiga tahun bersama.
Kau bukanlah sesiapa tapi kau sungguh bermakna.
Kau mengajar aku bahagia walau derita menerpa.

Entah bila lagi aku dapat merasakan ini.
Biar ku semat ke dalam lubuk jiwa yang terdalam.
Sungai Pandan kau dalam kenangan kami. :)

Tuesday, January 27

antithesis.

#NowReading




"Dropout akan dikatakan tidak habis belajar, tetapi sememangnya belajar mana pernah habis, kerana ilmu itu tak pernah habis habis. Manusia yang jitu itu sebenarnya sentiasa belajar dan terus belajar." (Benz Ali, 2014)






Saturday, January 24

terobek.

Sebenarnya, hidup jadi manusia ni kau kena tahu batasnya.
Hidup jadi manusia ni kau kena sedar yang kau hanya hamba.
Seorang hamba sepatutnya kau sedar yang kau bukan seorang yang perfect.
Apatah lagi kau mengharapkan orang lain jadi perfect untuk kau dan tak boleh buat salah.
Jadi, kenapa kalau orang lain sengaja atau tak sengaja buat salah kau tak nak maafkan?

Kau rasa kesalahan yang dia buat tu memang berat kau nak terima?
Come on lah! Hidup kau takkan tenang tanpa memaafkan dia.
Bahkan manusia sebenarnya akan lebih sengsara bila tak memaafkan.
Engkau tak boleh bahagia walaupun kau act macam kau bahagia sebab ada lagi benda yang kau tak settle.
Kau mungkin terlepas pandang tentang tu sebab bagi kau, once dia dah salah, dia salah selamanya.
Sebenarnya kau sakit kan hidup macam ni?

Aku sayang kau dan dia..

* * *

Aku belajar dari kisah-kisah manusia.
Di mana aku sentiasa di tengah-tengahnya.
Manusia dan kisah-kisah terobek! :)

Wednesday, January 14

random.

Pabila ilmu harus diterjemahkan melalui amal. Atau akhlak spesifiknya. Bukan diterjemahkan melalui kata-kata yang gempak. Bahkan ia bakal menjadi suatu gebangan yang tidak membuahkan hasilnya.

Seseorang yang berjiwa besar hendaklah optimis dalam melakukan sesuatu. Dia seharusnya berobjektif dan mempunyai strategi ke arah objektif-objektifnya itu. Segala usaha-usahanya bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya. Malah orang-orang di sekitarnya juga mendapat manfaat yang sama.

Ilmu. Bukan sekadar di tepian bibir. :)

Tuesday, January 13

alkisah fyp.

Alhamdulillah.
Baru pertama kali aku terasa effort yang dicurahkan terhadap FYP dihargai.
Huaaa bombastic sangat!

Alhamdulillah.
Terasa puas berhempas pulas untuk FYP.
Terasa puas bila supervisor happy dengan hasil yang diberi.
Huaaa nak nangis! >.<

Sebenarnya, aku seringkali rasa terkebelakang.
Mungkin sebab aku selalu submit kerja agak lambat dari Dereon, partner FYP ku.
Tapi nak buat camane, aku harus akui akan kelemahan diriku yang agak lambat ni.
Dan Dereon sememangnya sangat rajin dan sentiasa mendahului bab bab menyiapkan kerja.
Wa respect sama lu! Thank you sebab selalu tolong aku. ^_^

Dan akhirnya, presentation FYP yang sepatutnya pada Jumaat ini ditangguh pada 30hb.
Tak tahu nak happy ke nak sedih. Hiks.
Happy la jugak sebab ada banyak masa lagi untuk aku prepare. Tapi..
Sedih la jugak sebab agak lambat tarikh nak present tu dan dekat pulak dengan Final Exam.

Takpelah kann. InshaAllah ada lah hikmahnya tu. :)

Okay, nak cerita tu je.
Happy sebab dapat happy kan supervisor buat pertama kalinya.
Lolsss! ^_^

Tuesday, January 6

ashabul kahfi.

Tercatat sudah dalam sejarah,
Tujuh pemuda yang beriman,
Melarikan diri kedalam gua,
Demi menyelamatkan iman.

Disangka tidur hanya sehari,
Rupanya 309 tahun,
Zaman bertukar beberapa kurun,
Di bumi bersejarah Urdhu.

Begitulah kuasa Ilahi,
Kepada ashabhul kahfi,
Tiada mustahil di dunia ini,
Jika kita beriman dan bertakwa.

Tercatat sudah dalam sejarah,
Tujuh pemuda yang beriman,
Tulang belulang berserakan,
Tulah dari binatang tunggangan,
Juga anjing yang dinjanjikan surga,
Qitmir yang mulia.


* * *

Untuk memasakkan semangat Ashabul Kahfi dalam diri.
Rasa bersalah kalau tak share sebab first time dengar terus padu dalam hati!

Saturday, January 3

misi hoyeah!

Alhamdulillah. 2014 sudah melabuhkan tirainya rabu yang lalu dan 2015 kini melewati hari memberi nafas baru kepada kita semua. Rasanya belum sempat lagi aku berkira-kira memikirkan azam tahun baru, birthday adikku (2/1) dan maulidur rasul (3/1) pula menyapa hariku. Oh pantasnya!

Memikirkan tentang azam baru. Terkenang pula aku pada azam-azam lama yang masih banyak belum dilunaskan lagi. Ya, mungkin ia memakan masa yang panjang, tetapi setelah ber-throwback sebentar, alangkah ralatnya kerana aku sebenarnya belum pun memulakan lagi langkah ke arah itu. Mungkin azamku terlalu general. Tiada target, timeline ataupun strategi yang baik untuk mencapai goal tersebut. Mungkin, ya itulah salah satu kelemahan aku. Azam nya sudah ada tapi plan nya enggak ada. Haih.

Suatu petang, aku dan dia berborak tentang financial condition masing-masing. Entah macam mana topik itu yang terpacul dari mulutku. Huhu. Sebenarnya aku lebih mahu bertanya tentang dia. Disebabkan dia sudah berumah tangga, pasti cara dia memastikan financial position nya stabil berbeza dengan zamannya solo. Katanya, pandangan duit antara orang dah berumah tangga dengan bujang memang beza sangat. Apa yang penting, tahu priority, berjimat, saving dan jangan membazir. Tapi at last kitorang end up dengan topic buat business pulak. Ahah! Ini menarik.

Dan aku pun sebenarnya pernah la nak try masuk dunia bisnes ni. Tolong-tolong kawan jual barang diorang, buka booth dll. Seronok sebenarnya bila kita deal dengan orang lain. Banyak ilmu yang kita dapat, plus rasa kepuasan yang teramat bila barang yang dijual laku! Tetapi lama kelamaan, bila demand dah tak banyak, dan asyik orang yang sama je kita approach, penyakit futur dalam bisnes pun menyapa. Haa. Terpaksalah menanggung kerugian kos jualan yang ada. Memang masa tu redha je. Sebab rezeki tu Allah yang bagi, kita cuma kena usaha lebih je.

Gaya macam lama je involve dalam bab business ni kan. Haa, padahal tak pun. Tapi ok lah merasa pegang side income sendiri. Dan akhirnya aku berhenti sebab dah malas nak promote kat orang, sibuk dengan komitmen study dan program club dan memang sangat tak ada masa. Memang serba salah nak cakap kat kawan yang supply barang kat aku tu. Maaf kawan!

Ok. Apa main point aku sebenarnya? Heh.

Azam 2015 = Be a businesswoman?

Mungkin kah? InshaAllah. :)

Tahun 2015 seharusnya aku menjadi lebih matang daripada yang sebelumnya. Sekarang adalah masa berfikir dan bertindak untuk memajukan diri demi kebaikan pada masa akan datang. InshaAllah. Banyak lagi basic things yang aku kena settle kan. Contohnya, lesen dan masak! Haa of course. Dah dua puluh dua kalau tak sedar diri lagi tak tahu laa.

Selamat berperang wahai diri sendiri!