Saturday, January 03, 2015

misi hoyeah!

Alhamdulillah. 2014 sudah melabuhkan tirainya rabu yang lalu dan 2015 kini melewati hari memberi nafas baru kepada kita semua. Rasanya belum sempat lagi aku berkira-kira memikirkan azam tahun baru, birthday adikku (2/1) dan maulidur rasul (3/1) pula menyapa hariku. Oh pantasnya!

Memikirkan tentang azam baru. Terkenang pula aku pada azam-azam lama yang masih banyak belum dilunaskan lagi. Ya, mungkin ia memakan masa yang panjang, tetapi setelah ber-throwback sebentar, alangkah ralatnya kerana aku sebenarnya belum pun memulakan lagi langkah ke arah itu. Mungkin azamku terlalu general. Tiada target, timeline ataupun strategi yang baik untuk mencapai goal tersebut. Mungkin, ya itulah salah satu kelemahan aku. Azam nya sudah ada tapi plan nya enggak ada. Haih.

Suatu petang, aku dan dia berborak tentang financial condition masing-masing. Entah macam mana topik itu yang terpacul dari mulutku. Huhu. Sebenarnya aku lebih mahu bertanya tentang dia. Disebabkan dia sudah berumah tangga, pasti cara dia memastikan financial position nya stabil berbeza dengan zamannya solo. Katanya, pandangan duit antara orang dah berumah tangga dengan bujang memang beza sangat. Apa yang penting, tahu priority, berjimat, saving dan jangan membazir. Tapi at last kitorang end up dengan topic buat business pulak. Ahah! Ini menarik.

Dan aku pun sebenarnya pernah la nak try masuk dunia bisnes ni. Tolong-tolong kawan jual barang diorang, buka booth dll. Seronok sebenarnya bila kita deal dengan orang lain. Banyak ilmu yang kita dapat, plus rasa kepuasan yang teramat bila barang yang dijual laku! Tetapi lama kelamaan, bila demand dah tak banyak, dan asyik orang yang sama je kita approach, penyakit futur dalam bisnes pun menyapa. Haa. Terpaksalah menanggung kerugian kos jualan yang ada. Memang masa tu redha je. Sebab rezeki tu Allah yang bagi, kita cuma kena usaha lebih je.

Gaya macam lama je involve dalam bab business ni kan. Haa, padahal tak pun. Tapi ok lah merasa pegang side income sendiri. Dan akhirnya aku berhenti sebab dah malas nak promote kat orang, sibuk dengan komitmen study dan program club dan memang sangat tak ada masa. Memang serba salah nak cakap kat kawan yang supply barang kat aku tu. Maaf kawan!

Ok. Apa main point aku sebenarnya? Heh.

Azam 2015 = Be a businesswoman?

Mungkin kah? InshaAllah. :)

Tahun 2015 seharusnya aku menjadi lebih matang daripada yang sebelumnya. Sekarang adalah masa berfikir dan bertindak untuk memajukan diri demi kebaikan pada masa akan datang. InshaAllah. Banyak lagi basic things yang aku kena settle kan. Contohnya, lesen dan masak! Haa of course. Dah dua puluh dua kalau tak sedar diri lagi tak tahu laa.

Selamat berperang wahai diri sendiri!

No comments: