Wednesday, February 04, 2015

kesayangan.

Bismillah.

Untuk kesekian kali, aku dapat rasakan sebaknya diri kerana bakal berjauhan dari Muadzam. Sudah tidak lama. Tinggal cuma 10 hari sahaja sebelum aku meninggalkan tempat ini dalam jangka masa yang panjang. Ya, inshaAllah aku akan pasti kembali di sini untuk menghantar report dan sebagainya. Tetapi tidaklah sama suasananya kini dan akan datang.

Alhamdulillah, berakhir sudah kisahku bersama FYP tercinta. Banyak yang FYP telah mengajarku sebenarnya. Pengalaman yang bermakna yang pasti akan ku ingati sampai bila bila. Takkan pernah ku lupa jasa supervisor ku terutamanya yang tanpa penat lelah terus memberi jalan kepada kami sehingga selesainya kami menghantar report sebentar tadi. Benarlah, perjuangan mencari ilmu ini bukanlah suatu destinasi tetapi perjalanan yang membentuk diri. Amazing!

Alhamdulillah ya Allah, kerana tanpa disangka aku dianugerahkan sebagai best presenter bersama sembilan orang rakan presenter yang lain. Pada realitinya, tidaklah aku mengharapkan gelaran itu kerana apa yang paling penting panel dapat memahami setiap perkataanku. Sangat tak sabar sebenarnya nak present sebab nak cepat habis. Hehe. Alhamdulillah, bila ku imbas kembali detik semasa proposal dulu dengan yang FYP, sangat sangat berbeza. Allah sangat membantu hamba-Nya yang serba kekurangan ini. Ilham dan idea idea bernas tidak pernah putus buat hamba-Nya ini. Terima kasih Tuhan untuk segala nikmat-Mu yang tidak ternilai banyaknya.

Dan pasti tidakku lupakan, buat sahabat yang banyak berjasa dalam hidup, Boo dan Syahir yang sentiasa ada di sisi di saat susah dan senang. Entah macam mana boleh timbulnya group yang kami gelarkan sebagai Young Ace ini. Hehe. Aku tak pandai nak mengekspresikan perasaan melalui kata-kata tetapi cukuplah kalian tahu betapa aku sangat menghargai kalian sedalam-dalamnya. Semoga ikatan persahabatan kita bukan setakat di UNITEN sahaja tetapi selamanya inshaAllah!

Haha, Dah macam speech apa dah ni.
*Mataku sudah mula berkaca*

Terima kasih juga untuk lecturer-lecturer yang mengajarku selama dari foundation sehingga ke final year degree. Terima kasih kerana menyuluh cahaya pada kegelapan jiwaku. Terima kasih kerana sentiasa menginspirasi. Maafkan diri ini andai ada silap dan salahnya. Terima kasih untuk waktu bersama. Halalkan ilmu semuanya. Terima kasih UNITEN, tempat mempertemukan aku dengan mereka.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabatku yang melukiskan kenangan dan mengindahkan warna-warna hidupku di UNITEN. You know who you are. :)

Geng Qawiy / Senyum
Adik-adik usrah yang tersayang
Family PPI di hatiku
Geng PC 2011/2012
Classmate Finance
Family YTN Muadzam
Housemate 123
Adik-adik housemate 
dan semuanya yang pernah singgah dalam hidupku.

Sungguh, pasti aku akan merindui kalian. Terima kasih untuk semuanya!
Doakan Final Exam ku yang akan bermula Sabtu ini sehingga Jumaat depan.
Doakan kesihatanku dan kejayaanku di dunia dan akhirat inshaAllah.
Terima kasih, hanya Allah selayaknya membalas segala budi baikmu. Ameen.

No comments: