Monday, February 23

moments.

Setelah lebih kurang tolak tambah seminggu meninggalkan bumi amazon, dan duduk bertapa di rumah. Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk mengupdate sedikit kondisi diri dan orang sekeliling. ^_^

13/2/2015
Unofficial graduate Bachelor of Finance. Alhamdulillah! Syukur tak terkata. Sebak. Siapa sangka, di saat saat genting pernah terfikir untuk extend sem disebabkan sakit dulu, tak jadi dan akhirnya berkat doa dari semua dan biiznillah, berjaya juga habiskan degree! :') Lepas habis exam, mama ayah terus ambil balik KL. Tapi sempatlah jugak sebelum tu tangkap gambar buat terakhir kali di dewan peperiksaan. >.< Dan sempat bersalaman dengan coursemate dan mereka mereka yang aku sayangi sebelum berpisah. Suasana sangat sayu. Huhu. Terjurai jugak lah air mata ni sebab tengok sorang junior ni nangis. Haih, nasib baik sempat cover dengan orang lain. :3 Perjalanan ke KL diteruskan dan farewell Muadzam. InshaAllah panjang umur ketemu lagi! :)

14/2/2015
Attending walimah kakak kepada junior. Thank you for inviting! Nasi minyak sodap. Hehe. Tahniah dapat abang ipar baru. Dan untuk kakak awak, semoga perkahwinan yang dibina membawa rahmah dan kekal hingga ke sorga.

16/2/2015
Launching of Better Brighter Internship Program and TNB Smart Grid Laboratory. Alhamdulillah akhirnya, dapat jugak placement intern. TNB Bangsar, wait for me! :D Rasa semangat nak belajar dalam working environment TNB. Tapi nervous jugak lah kalau tak dapat nak apply apa yang dah belajar selama 4 tahun kat Uniten. Huhu. Entah, fikir macam macam. Hopefully, all is well! Ameen ya rabb. Oh ye, inshaAllah akan intern 9/3 - 31/5. Dalam 3 bulan jugak lah akan ulang alik LRT Bangsar - LRT Abdullah Hukum. Hehe. Excited!

*Ahhh Farhana! Kau sume excited. Muahaha.*

17-18/2/2015
Jaulah CNY katanya.. Haha. Bermula dengan ajakan ex-naqibah memandangkan ini last sem kami berdua di amazon. Dan alhamdulillah ada 4 lagi adik adik yang bersama kami. First time rasa macam mana berjaulah, selalunya tengok orang gi jaulah je kan (sambil lap air mata. haha!). Alhamdulillah semuanya dipermudah. Banyak sangat little-thing-yet-so-deep-to-ponder-on terjadi sepanjang jaulah. Even thou pergi negara jiran yang majority citizen nya chinese, tapi alhamdulillah kami belajar sesuatu di situ. Special thanks to Erwin Travel, pakcik bas Meridien Holiday, makcik guard Larkin Sentral, kakak Cendol Pulut, adik Kacang Kuda dan semuanyalah yang menambahkan garam dan gula dalam resepi jaulah kami. Jazakumullah khayr katheera for everything. :)

19-20/2/2015
Ho ho ho balik kampung. Seperti biasa, ayah dengan plan on the spot nya terus bagitau nak balik kampung masa on the way nak balik KL dari JB. Huaaaa. Penat tu takyah nak cakap la kan. Memang tido je dalam kereta. Huhu. Apa pun alhamdulillah. Dah lama sangat sebenarnya tak balik kampung. Kucing kucing tu pun dah gemok. Burung burung dalam sangkar tu pun dah reti nak terbang dan dah pandai dah makan sendiri. Best balik kampung sebab  Pak Long ngan nenek ikutkan aje kehendak kitorang ni. Yang paling untung Umar. Sume mainan yang dia nak dapat. Kalau ngan ayah mama memang idok ler. Haha. Dan selepas dua hari, kami pun back to reality.

21/2/2015
Wedding Kak Sya. The one that I never expect to be part of my life. Alhamdulillah. Kami baru je kenal tahun lepas sebenarnya. Kami kenal pun sebab incident aku menjadi orang tengah kepada kisah dia dan dia. Mungkin aku tak tahu sangat kisah kisah hidup dia tapi based on apa yang dia pernah cerita pada aku, dia melalui perjalanan hidup yang sangat mencabar sebagai seorang wanita. But whatever it is, she is a super duper tough woman! Sangat kagum. Semoga aku dapat teladani kekuatan itu di saat saat genting. Benar, aku masih mentah dalam memahami kehidupan dunia. Once again. Alhamdulillah, barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fi khayr Kak Sya and husbeng. Moga baitul muslim yang dibina disirami sakeenah, mawaddah wa rahmah. Selamat berchenta hingga ke sorga! Miss you.. Dah lama tak jumpa. :')

It has been a pack week for me. But I do appreciate it very much. Jzkk!

Minggu ni baru sempat kembali on track dengan rutin biasa. Jadi bibik yang taat! Habiskan buku! Hehe.

"Life is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But it's your choice to scream or enjoy the ride."

Roller coaster merah biru USS yang still under maintenance.
Tak dapat main. Sobsob.

No comments: