Saturday, March 07, 2015

ceritera exam.

'Ala kulli hal, Alhamdulillah. :)
Mungkin post kali ini sedikit jujur. Ahah.
Jangan terkejut kerana mungkin anda akan berkata, 
"Ohh macam ni Farhana rupanya."

Bismillah.

Zaman belajar di universiti sememangnya tak sama dengan di sekolah. Aku boleh dikatakan antara budak yang skema (baca: berdisiplin. haha) semasa di sekolah. Dan agak 'berbeza' di universiti. Mungkin kerana suasananya yang berlainan? Al-maklum lah, dulu dulu masuk kelas aliran agama, secara automatiknya akan sentiasa terdorong untuk berbuat baik kerana berkawan dengan kawan kawan yang saling mengingatkan. Alhamdulillah, nikmat manakah yang perlu aku dustakan. Kerana dengan sesuatu itulah yang merubah aku menjadi yang sekarang. Tetapi, sedikit sebanyak insan yang lemah ini teruji bila berada di universiti yang kurang bi'ah solehahnya sepertimana di sekolah dahulu. Ya. Aku teruji. Bila mana ku rasakan, dulu dulu aku seorang yang lebih baik dari sekarang. Entah, mungkin dulu lebih rajin untuk bangun malam, puasa, hafazan, etc. Tapi itu dulu lah. Aku sedar tapiii sekadar sedar. Apa pun alhamdulillah untuk kesedaran yang Allah letakkan di dalam hati. InshaAllah, masih dalam on-going process. Doakan! ^_^

Oh ya, walaupun begitu, aku masih berasa sangat sangat syukur kerana diberi peluang untuk sambung di Uniten. Aku sebenarnya telah menemukan diri aku yang sebenar. Di sini, aku menjadi aku dan tidak hanya mengikut ikut orang lain. Aku lebih jujur dan telus pada diri sendiri. Aku melihat kehidupan dari kaca mata yang berbeza tidak seperti di sekolah dahulu. Banyak sangat detik detik yang ku rasakan berharga yang aku pelajari di sini. Sungguhlah, tak dapat ku ungkapkan dengan kata kata, kerana jasad dan hati yang melaluinya. :') Menemui pelbagai ragam manusia menjadikan aku banyak berfikir dan belajar sesuatu tentang kehidupan. Terima kasih untuk sahabat yang hadir dalam hidup ini. Tanpa pernah kalian sedari, kalian memberi inspirasi. Tidak perlulah aku sebutkan satu per satu. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan Tuhanku.

Di sini juga, aku sedari tentang "pointer/gred bukanlah segalanya". Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah sentiasa memberi aku pointer yang cemerlang biarpun aku tahu usahaku jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain hanya biasa biasa sahaja. Mereka lebih layak menerima apa yang aku terima. Tidaklah aku nafikan akan keperluan untuk mendapat pointer yang bagus kerana ia sedikit sebanyak memberi impak kepada perjalanan di masa hadapan. Tetapi yakinlah bahawa, Allah telah menulis yang terbaik untuk penceritaan hidup kita. Belajar untuk menjadi seorang yang tidak terlalu risau. Yang hanya kita perlu persiapkan hanyalah usaha. Usaha dengan ilmu dan usaha dengan Tuhan. Faham kan? :)

Masa zaman foundation, persepsi aku pada akademik masih macam sekolah lagi. Sangat eager untuk dapat empat rata. Tapi lama kelamaan 'rasa' tu hilang bila aku masuk degree. Aku seperti tak kisah langsung pasal result. Kalau dapat rendah pun redha je. Sebab tu je yang aku dapat atas usaha aku. Sampai satu masa, aku jadi annoyed dengan orang yang asyik complain pasal result dia tak bagus. Hmm jahat kan aku? Entah, aku nak dia rasa yang result tu bukan segala galanya. Kau usaha je sungguh sungguh, kalau tak dapat tu, mungkin dapat nanti nanti. Kan? Tapi, tak semua faham dengan apa yang aku maksudkan. Dan, mereka akan selalu cakap begini, "Eleh Fana.. Kau takpe la, setiap sem 4 flat. Scholar pulak tu." Hmmm. Dan aku pasti akan jadi kelu bila dalam keadaan begini. Kelu bukan bermaksud menyerah kalah atau mengiakan apa yang mereka kata. Tapi aku faham yang mereka belum faham apa yang aku faham. Malas nak gaduh la citer dia. Heheh. Sebenarnya, aku tak suka tengok orang down. Tak cool taw down down ni. Huhu. B)

Musim exam aku selalunya diserikan dengan classmate yang selalu belajar sesama kat rumah. Alhamdulillah. Tanpa korang sebenarnya aku tak kan dapat perform time exam. Belajar sesama menyebabkan aku lebih ingat dan faham apa yang aku belajar. Cuma, bila banyak masa belajar dengan orang, aku kurang masa dengan diri sendiri. Kadang kadang ada jugak hati berbisik, "Hmm. Malasnya nak ajar dorang ni." sambil melambat lambatkan reply whatsapp mereka yang mintak tolong ajar dan yang tanya tanya soalan. Huuu jahatnya seorang Farhana ni kan. Dengan alasan, "Sorry lambat reply. Kita silent phone." Hmm. Padahal tak silent pun. Tapiii memang malas nak reply. Sorry kawan kawan! Bila sampai tahap penat sangat memang aku akan jadi macam tu. Aku tak sampai hati nak cakap 'busy' kalau orang mintak tolong ajar. Sebab rasa macam Allah yang hantar kan dorang ni kat aku supaya aku belajar sesama dengan dorang. Macam tu lah rasa dia. Takpe, penat sekejap je. Pujuk hati. >.<

Yang best nya, nasib baik aku ada geng Young Ace, yang rajin buat past year and notes. Memang dorang la sumber rujukan aku. Terima kasih whatsapp sebab memudahkan kitorang buat discussion. Hehe. Nak cakap betapa baiknya Young Ace ni kan, sampai aku punya assignment pun dorang buat. Lepas tu pulak, markah assignment tu menyebabkan aku punya carry mark lagi tinggi dari dorang. Pergh! Serba salah aku dibuatnya. Tak buat kerja tapi carry mark tinggi. Huhu. Tapi dorang ni memang jenis tak kisah. Haa mana la nak jumpa kawan macam ni. *Nanges*



Biasanya sem sem lepas, aku akan jumpa lecturer masa last day revision class je untuk mohon keberkatan ilmu. Tapi untuk sem terakhir ni, atas idea dari junior, aku cuba untuk email semua lecturer yang mengajar aku. Last semester ni perasaan dia lain sikit. Mungkin sebab banyak buat salah dengan lecturer a.k.a main phone dalam class, datang lambat. Heh. Dan serba salah tu membuat kan diri ini tak tenang nak jawab exam. Lepas email lecturer baru rasa lega nak ber-exam. Seriously, you should try! :D Cuma rasa sedikit ralat, sebab masa last sem baru la aku nak buat sume ni. Kalau lah aku buat since sem 1 dulu, mesti every sem 4 flat kan. Hahaha. Kbai. :P

Orait. Rasanya cukuplah serba sedikit ceritera exam sepanjang aku bergelar pelajar. Saja nak throwback, rindu sebenarnya. InshaAllah. Mana tahu rezeki sambung master dan phd pulak lepas ni. Haa. Apa pun, perjuangan menjadi seorang pelajar kehidupan tak pernah terputus selagi hayat di kandung badan. Hoyeah!

"Ajari aku tuk jadi pria terhebat." - SO7

:)

No comments: