Saturday, April 4

alhamdulillah.

Alhamdulillah, kerana hari ini masih sempat. :) Sudah lama tidak menulis di laman ini. Kerinduan, tapi ku tidak punya banyak masa. Sobs. Pejam celik pejam celik, hampir sebulan sudah aku ber-internship. Banyak juga perubahan dalam hidupku yang berlaku dalam masa sebulan ini. One word, alhamdulillah! Allah permudahkan segala apa yang dirancang. :')

Berpeluang 'mencari diri' di The Straight Path Convention, SACC. Memang plan nak pergi sana sorang sorang je sebab nak lebih merasai nikmatnya menghadam 'iman booster'. Mungkin, ada yang akan kata, "Kenapa sorang? Nak masuk syurga sorang sorang je ke?" Eh bukan! Adakalanya bila kita dah setiap masa asyik engage dengan manusia, sesekali kita juga memerlukan masa untuk engage dengan diri sendiri. Untuk beruzlah dan berself-reflect. Akan ada suatu rasa yang tenang akan hadir dalam diri dan kita takkan rasa penat dengan dunia. Kerana kita ada the 'ultimate belonging' untuk berharap segalanya. :')

Hmm. Maaf sebab tak sempat nak share notes yang aku dapat masa kat sana. Tapi alhamdulillah, ada orang lain yang dah share notes ini. 1 & 2. May Allah bless you! Kalau taip #TheStraightPath kat twitter pun banyak pengisiannya. Moga bermanfaat! Oh ya, terima kasih Kak Wani dan ibunya kerana belanja lunch masa kat SACC hari tu. Baru je kenal Kak Wani masa line up nak daftar program ni. Sangat baik orangnya. Mungkin dia nampak aku ni macam forever alone je kan. Hee. So Kak Wani pun ajak aku duduk sebelah dia dalam dewan tu. Terharu. :') Kak Wani study kat University of Leeds, UK ambil double degree Accounting-Finance. Dan rupanya kawan baik dengan adik Kak Izzah (Senior kat Uniten). Haaa nampak tak ada chemistry di situ? ^-^

Hari seterusnya pula, aku ikut ayah ngan mama ke Bengkel Pengurusan Jenazah. Sebelum ni pernah pergi jugak bengkel ni kat Uniten dulu. Tapi, biasalah. Cepat betul lupa. Heh. Makanya, ayuhlah kita meng-refresh minda yang berkarat ini. :D Di samping dapat kenal makcik-makcik yang sangat hebat (Usia 60-an mungkin, tapi masih gigih ke majlis ilmu. Hebat!), aku berpeluang menjadi model mayat untuk dimandikan dan dikafankan. Suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli. Merasa diri dibalut. Dan terus terfikir, bagaimanalah agaknya aku menghadapi mati. Semoga husnul khatimah semuanya. Ameen. Haa. Lepas program tu aku tanya mama, "Mama ada ambil tak gambar kakak kena balut? Hehe." Lalu mama menjawab, "Mama tak sampai hati lah nak tangkap gambar anak sendiri kena balut." T_T Walaupun mati olok-olok pun dah macam ni, macam mana lah kalau betul betul nanti. Haih mama ni. :')

Dan dalam ruang waktu yang menyempitkan, kekadang kita terlupa hak kepada orang lain. Salah satunya ialah memenuhi jemputan. Alhamdulillah ya rabb atas peluang. Dan bisa aku katakan, ia mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat. Terima kasih banyak juga untuk yang menjemput ke kenduri, walaupun belum kenduri diri sendiri lagi (kenduri kahwin kakak, kenduri aqiqah anak buah). Hihi. Seronok sangat dapat borak borak setelah sekian lama tak ketemu. Semua orang dah membesar. Haa. InshaAllah moga ketemu lagi. ^_^

Okay, banyak lagi cerita sebenarnya. Nanti aku sambung balik yaa. Papoiii ~

No comments: