Wednesday, April 15, 2015

mk2015.


Setiap hari buat kerja kat ofis terngiang lagu tema. Masih tak boleh move on lagi! Rindunyaaa! Y.Y

Ceritanya weekend ni masa dihabiskan di Kuantan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah atas peluang yang tak ternilai ini. Walau pada mulanya banyak halangan nak ke MK. First, sebab rasa macam every week takda kat rumah bersama family. Second, kena jaga Umar sebab Mama ada Amal Islami. Tapi alhamdulillah, at the end, ayah take over jaga Umar and Mama lembut hati nak bagi eden ber-camping. Hee. :D

So, Jumaat tu lepas habis kerja terus gerak ke Kuantan bersama Siah. :) Jzkk to Mun and Kak Seha sebab ambil kitorang pukul 1.00 pagi kat Terminal Kuantan. Huaaa maaf terpaksa susahkan kalian. T.T Agak ralat sebab datang lambat dan terlepas slot Ice Breaking and Taujihat. :( Lepas sampai tu terus masuk khemah dan tidur.

The next day, aktiviti kami ialah jungle trekking dan games (pagi), explorace (petang) dan malam kebudayaan (malam). Experience yang sangat menarik semasa jungle trekking, masuk hutan paya gambut bersama tiga orang pakcik komandan yang sangat psycho! Eheh. Masa nak mula masuk dia suruh niat macam ni.

"Sahaja aku masuk ke tempatmu untuk memberi darahku sekurangnya secedok untuk menjadi santapanmu."

Perghhh. Agak-agak apa kau rasa bila orang suruh kau niat macam ni masa nak masuk hutan? Tak ke kau rasa akan ada sesuatu seperti makhluk halus yang sedut darah kau? Errr. Haa masa tu dalam hati sangatlah cuak. Pakcik ni betul ke tak. Semua orang tergamam sekejap. Haa. Dan pakcik tu pun terangkan. Niat tu untuk nyamuk ngan pacat. Sedekahanlah darah kita ni pada mereka sebab kita takkan sedar bila nyamuk ngan pacat tu akan sedut darah kita. Haha! Okay baru faham. ==' Bikin cuak je pakcik ni.

'Ala kulli hal alhamdulillah. Berjaya masuk selut, mandi lumpur sambil meniarap, lalu kawasan panjat tali dan meredah sungai dengan jayanya. Hoyeah! 8) Sesuatu yang aku belajar kat sini ialah tentang survival. Mengimbau kembali zaman perjuangan mujahid yang bertungkus lumus mengharungi onak dan duri semata-mata untuk menyebarkan Islam dan memberitahu orang sekeliling bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Sangat determine! Yang games pulak kitorang main 'perang warna' dan 'belalang-belatok'. Seriyes ganas! Haha. Sampai tertarik segala tudung bagai dan ada juga yang tercabut spek nya. Hoho. Akhawat dahsyat!

Haaa. Explorace pun sangat enjoy walaupun kepentan jungle trekking belum hilang lagi. Ada 12 checkpoint semuanya dan group kitorang dapat pergi 9 je. ==' Dan antara checkpoint yang best ialah tukar air oren jadi air jernih. Sangat simple sebenarnya, just buang air oren tu, bersihkan keledak yang melekat pada dasar botol dan masukkan air jernih. Dan ini ibarat suatu analogi. Botol berisi air oren ibarat jahiliyah yang ada dalam hati kita. Untuk mendapatkan hati yang bersih jernih, kita tidak boleh hanya mencampurkan air yang jernih tadi ke dalam air oren kerana lama kelamaan ia hanya pudar dan masih tidak jernih lagi. Maka, solusi terbaik ialah membuang karat jahiliyah (air oren), menyental segala kekotoran dan barulah diisi dengan kejernihan Islam (air jernih). Sungguh, kebatilan dan kebenaran itu ibarat minyak dan air, ia tidak pernah bercampur. Antara game lain yang best dalam explorace ialah ikat kaki, menara kukuh, tadabbur, radio rosak dsb. Semuanya sangat menyentap dan terkesan di jiwa. Di sebalik games yang penuh dengan makna. :)

Lastly, malam kebudayaan. Setiap kumpulan diberi tema untuk persembahan masing masing. Group kami dapat tajuk tentang ibu bapa. Yang dipetik dari hadis, "Akan datang suatu zaman di mana seorang perempuan itu akan melahirkan tuannya." Bermaksud, anak anak zaman sekarang sentiasa menganggap ibunya seperti hamba dan sentiasa mengarah ibunya melakukan sesuatu. Contoh situasi: 1) anak yang selalu call hanya sebab minta duit dan minta basuhkan baju. 2) orang yang aktif dalam d&t tetapi menjadikan alasan 'busy' bila ibunya call / ajak balik rumah. 3) anak yang selalu mengeluarkan suara yang tinggi dan kata kata kesat kepada ibu bapanya. Dan pelbagai lagi definisi lain tentang menjadikan ibu sebagai hamba. Wa na'uzubillah, moga kita semua sentiasa beringat dan dijauhkan dari melakukan perkara sebegini.

Di samping memenuhi tuntutan muwasafat tarbiyyah iaitu qawiyyul jismi, di sini juga aku belajar tentang 3 orang sahabat yang sangat dikagumi iaitu Al-Barra' bin Malik, Abu Dzar Al-Ghifari dan Mus'ab bin Umair. Betapa pengorbanan mereka kepada Islam sangat tinggi. Betapa jauhnya kita dengan sahabat Nabi. InshaAllah akan dikongsikan nanti untuk dijadikan inspirasi kepada kita semua.

Aku harap Allah sentiasa memberi aku peluang untuk join rehlah, jaulah, daurah dsb bersama akhawat lagi. Time kerja ni feeling dia lain, mungkin sebab makin rasa kosong. :(

Perkenankan, Ya Rabb!

No comments: