Friday, May 22, 2015

hopeful hearts.

Hati hati mereka diikat dengan janji dan matlamat yang satu. Walau jauh mereka merentasi benua beribu batu, namun masih terpancar wajah ceria dari hati penuh bahagia. Masih tetap setia bersama melapangkan jiwa demi Jannah dirindui. Allahu..

Tersentuh aku melihatnya. Semangat dan keyakinan itu yang aku kagumi. Hanya terus asa tanpa ragu terhadap diri. Sungguh, yang Maha Mencipta pasti kan lebih memahami. Biar bergunung kelemahan makhluk yang dicipta, namun rahmat-Nya senantiasa menghampiri.

Berulang kali diperingatkan tentang harapan yang senantiasa mengiringi. Manusia dan ujian, manusia dan kesilapan, tak akan pernah terpisah. Dan kerana itu, bersangka baiklah dan terus berlari kembali kepada Dia. Yakinlah bahawa Tuhan sedang menapis jiwa jiwa yang sejati.

No comments: