Saturday, May 02, 2015

youthace.

Suatu rasa yang mungkin tidak boleh dihindari.
Seperti mana engkau diberi faham tentang sesuatu.
Tetapi kau masih bersikap acuh tak acuh untuk bertindak dan menyampaikan kepada orang lain.

Kau rasa kau fail!
Kau rasa sedih yang teramat.
Kau kecewa dengan sendiri.

Kerana sepatutnya kau lah yang menjadi agen perubahan.
Tetapi tanpa kau sedar kau menjadi agen perosak yang makin memburukkan keadaan.
Apakah ini sepatutnya seorang yang beramal dengan ilmunya akan lakukan?

Pandanglah pula pada diri sendiri.
Sudahkah menjadi philanthropist yang memaknai hakikat diri.
Untuk memberi sebanyak banyak kepada manusia tanpa penat dan jemu.

Seberapa banyak halangan adalah sebenarnya dari diri sendiri.
Bertindaklah melawan arus dan keluarlah dikau dari zon selesa.
Hidup ini bukan semata mata untuk diri sendiri.

Berbaktilah untuk manusiawi!

* * *

Word of the day;
ACTION!

Infiru!
Baadiru!

No comments: