Tuesday, June 16

permulaan.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."
(Surah Al-An'am :11)

Tulisan ini ku abadikan di sini, moga-moga memori jaulah bersama mereka sentiasa mekar subur di dalam kotak kenangan. :)

Alhamdulillah wa syukurillah khas nya kepada Thaqafiah Group yang menganjurkan jejak ilmiah yang sungguh bermakna, Prof Dr Hafidzi Mohd Noor yang berkongsi ilmu sejarah yang begitu memberi kesan kepada sanubari serta sahabat-sahabat jaulah atau ku kira keluarga baru ku yang banyak membantu diri ini sepanjang jaulah kita. Tidak ketinggalan, buat kedua-dua ibu bapa ku yang membenarkan anakmu ini merantau ke negeri orang bersendirian untuk mencedok seberapa banyak ibrah yang ada untuk diberi manfaat kepada semua.

Perjalanan kami selama lima hari ini sebenarnya telah mencapai 60% daripada keseluruhan bumi Indonesia. Kami ke Jakarta, Banten, Bandung, Sumedang, Cirebon dan Yogyakarta. Alhamdullillah. Jejak ilmiah ini membawa matlamat untuk mempelajari dan merasai jihad dan dakwah ulama wali songo (sembilan) atau setengah pendapat mengatakan wali thana (lapan) dalam menyebar luaskan Islam di Nusantara. Kami juga ingin melihat bagaimana perjuangan mereka melawan kerajaan Majapahit, Srivijaya, Portugis serta kaitannya dalam pembebasan Melaka.

Sejarah ini seharusnya dilihat secara menyeluruh, tetapi sayangnya sejarah yang diajarkan pada hari ini disempitkan dalam rangka sejarah negara bangsa. Sedangkan sebenarnya kita semua disatukan oleh aqidah yang sejahtera. Namun begitu, jejak ilmiah kami di Jawa Barat ini merungkai hanya satu daripada sembilan wali songo iaitu Sunan Gunung Jati atau nama lainnya Syarif Hidayatullah atau Syed Zain. Dan wali songo yang lainnya berpusat di Jawa Timur di mana inshaAllah trip nya akan diadakan pada bulan Februari akan datang.

InshaAllah akan dikongsikan kisah-kisah jejak ilmiah ini di post seterusnya.

Terima kasih kerana sentiasa menginspirasi diri ini.
Moga Allah mengurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untukmu.

No comments: