Sunday, June 28, 2015

shantoh.

Hospital Visit @ HKL. 

Akhirnya, aku kembali ke sini. Kotak memori ku ligat mengimbau kembali kenangan yang tercipta di bangunan keramat ini. Sudah hampir setahun juga sebenarnya aku meninggalkan jejak di sini. Alhamdulillah. Bukan lagi datang untuk menerima rawatan tetapi datang untuk memberi inspirasi dan semangat yang ada untuk mereka yang masih berjuang melawan penyakit atau ku kira asbab yang Allah berikan untuk menghapuskan dosa. Aku bersama lebih kurang 50 orang volunteers lain dari Weekenders Club telah diberi peluang untuk mensantuni para pesakit di Wad Ortopedik dan Onkologi (Kanser). Tujuan kami ke sana selain untuk mensantuni mereka ialah kami juga indirectly memberi pendedahan tentang cara berwuduk dan bersolat semasa sakit yang telah di-monitor oleh brother and sister IOA. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan kami dapat wad onkologi. Dalam hati aku pada waktu tu, “Alangkah seronoknya kalau dapat visit balik wad aku dulu.” :’)

Ternyata, usai daripada visit tersebut aku seperti tidak dapat menahan sebak tetapi para volunteers telah diingatkan untuk mentally and emotionally strong semasa berhadapan dengan patient. Ya. Dan ini kanser. Kanser tahap 4. Yang semua orang di dalamnya berulang alik hospital dari jauh untuk melakukan chemotherapy. Dari raut wajah mereka, aku akui mereka sungguh redha dengan ujian yang Allah berikan. Mereka juga redha andai peluang hidup mereka hanya tinggal sekelumit. Sebak! Dan ada satu patient ini, lelaki dan agak muda (mungkin dalam awal 30-an). Perbualan dengan beliau tidak seperti patient lain yang kebanyakannya seronok memanjangkan perbualan. Dek kerana respond nya juga memberikan suasana sayu, kami memendekkan masa perbualan. Sempat juga kami mendoakan dan memberi semangat pada beliau bahawa aku juga pernah berada di tempat beliau dan berkat doa daripada orang lain dan pastinya atas izin Allah, inshaAllah dia juga bakal sembuh seperti biasa. Alhamdulillah, segaris senyuman terus terukir di bibirnya. Benar, kata-kata mudah untuk diungkap. Hati yang merasa, badan yang menanggung, hanya Allah tahu segalanya. 

Teringat aku pada pesanan seorang makcik. Katanya, beruntunglah orang yang ditimpa sakit kerana dia pastinya telah berusaha untuk mempertingkatkan amalannya kerana dia sedar mati itu terlalu dekat menghampirinya. Tetapi sebaliknya pula dengan orang yang sihat yang selalunya lupa bahawa mati juga menghampirinya walau mungkin dalam kadar sekelip mata. Allahu.. Sesungguhnya mati itu adalah sebaik-baik nasihat. Ala kulli hal, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menziarahi mereka di sini. Dan begitulah juga saranan untuk semua dalam suatu hadis yang menyatakan hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah memberi salam, mendoakan orang yang bersin dan menziarahi orang yang sakit. Moga-moga Allah menyembuhkan penyakit lahiriah mereka dan moga-moga juga Allah menyembuhkan penyakit batiniah kita semua. Allahumma ameen.


Shantoh Ramadan @ Kg. Baru-Chow Kit. 

Shantoh - A bag with love and smile. :')

Dan pada sesi petangnya pula, kami memberi lebih kurang 2000 shantoh (bungkusan) kepada orang ramai tidak kira agama, bangsa dan negara yang mungkin terperangkap dalam traffic jam di KL. Ya, walaupun semua volunteer kepenatan sebab program dari pagi tapi rasa semangat tu masih membara sebab semua gigih dengan senyuman memberi shantoh. Secara jujurnya, bukan selalu aku dapat peluang bersama sebegini dan hari ini betapa baiknya Allah kepada hamba-Nya, Allah berikan peluang untuk merebut pahala seluas-luasnya. Dan tinggal diri sendiri untuk memilih untuk merebutnya atau sekadar berdiam diri. Alhamdulillah, secara personally nya aku sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian dari family Weekenders Club. Suatu platform untuk aku meneruskan tujuan hidup aku di muka bumi ini dan inshaAllah kalau boleh aku nak semua orang di sekeliling aku pun join Weekenders! Yeah, moga yang membaca ini juga terbuka hatinya. :D



What a dayyy! :)

No comments: