Friday, June 19

sumedang.

Alhamdulillah. Allah mengizinkan kami untuk melalui tempat yang amat bermakna ini sewaktu dalam perjalanan dari Bandung ke Cirebon. Lagi-lagi tempat ini membawa semangat perjuangan seorang wanita hebat! Iaitu Cut Nyak Dien.

Siapakah Cut Nyak Dien?

Dialah serikandi Aceh yang terus-terusan menentang kerakusan dan kezaliman Belanda.
Dialah seorang isteri yang sentiasa mengikhlaskan keterlibatan suaminya dalam peperangan bahkan menjadi pendorong dan pembakar semangat juang suaminya.
Dialah yang sentiasa menjadi buruan kepada Belanda kerana begitu kuat pengaruhnya biarpun pada ketika itu dia semakin melemah, matanya rabun dan pakaiannya lusuh.
Dialah yang dikhianati oleh orang kanannya sendiri sehingga dia ditangkap oleh pihak Belanda dan akhirnya diasingkan di Sumedang.

Namun itu semua tidak membataskan dirinya untuk berjuang kerana di Sumedang..
Dialah juga yang menyebar luaskan Islam ini dengan mengajarkan al-Quran kepada anak-anak Sumedang sehinggalah hari wafatnya di sini. Allahu Akbar!

Tersentak. Masihkah kita punya alasan untuk tidak menyampaikan keindahan Islam kepada orang lain?

Jom isi masa dengan menonton movie Cut Nyak Dien.
Moga bermanfaat! ^_^

Belajarlah dari tokoh-tokoh ini. Bagaimana mereka membina generasi yang sentiasa taat pada Allah dan rasul-Nya sehingga tiada kegentaran dalam jiwa. "Idup sare mati sahid!" - Hidup mulia atau syahid!

No comments: