Sunday, July 26, 2015

raya oh raya.

Untuk yang memaknai hari-hari Ramadan, pasti akan merasai kesayuan saat meninggalkan detik-detik bersamanya lantaran masa yang amat mencemburui dan berputar dengan ligat sekali. Apa pun, hanya kalimah kesyukuran saja yang sebaiknya diucapkan kerana masih berpeluang menghirup udara Ramadan dan dikurniakan kelapangan masa dan kesihatan untuk sentiasa beramal di sepanjang bulan yang amat mulia ini. Dan akhirnya, di saat Syawal yang menerpa moga-moga ia memberi suatu motivasi dan inspirasi untuk kita konsisten berlumba-lumba melakukan amal kebaikan. Tidak pula kita menjadi sesumpah Ramadan, yang hanya alim dan warak ketika bulan Ramadan tetapi habis lingkup di bulan-bulan yang seterusnya. Wa na’uzubillah.

Alhamdulillah, kedatangan Syawal lebih dimaknai kerana ia bukan sekadar makan lemang, rendang dan ketupat, dapat duit raya $.$, bermain mercun dan bunga api, menonton cerita raya di tv3 atau memakai baju dan shawl yang baru, bahkan ia lebih daripada itu. Semakin membesar, kita akan lebih menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita dan lebih banyak masa yang kita berikan kepada mereka. Ya lah. Kerana tanggungjawab hakiki masing-masing, mungkin sedikit sebanyak membataskan diri untuk sentiasa bersama di hari-hari lain. Jadi, eloklah kiranya Syawal ini dijadikan masa wajib untuk bergembira bersama keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.

Ok. Adakah ayat ku sungguh cliché’? 

Ahaa tetapi hakikatnya begitulah. Selagi masih di depan mata, kita cuba untuk saling memanjangkan ukhwah dengan sesiapa pun. Walau terkadang ada juga rasa malu, segan, janggal atas kisah-kisah zaman silam (baca: kisah-kisah belum matang :p), tetapi anggaplah ia suatu zaman yang menarik yang semua orang pun pernah lalui. InshaAllah, moga-moga atas niat kita yang baik untuk sentiasa menjaga dan memanjangkan ukhwah, Allah kurniakan kebaikan yang berganda-ganda untuk kita di masa hadapan. :) Chill and move on gais!

Orait. Hampir seminggu lebih jugaklah kita beraya. Rasanya, masih tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang berlegar di laman ini! Maaf atas segala kekurangan yang ada dalam diri Nurul Farhana binti Selamat. Segala kata-katanya yang mengasari dan menyakitkat hati, perbuatannya yang terlanjur dan kejam, harap dapat dimaafkan. :’( Maafkan diri kerana tak dapat menggembirakan semua orang seperti mana namanya (farhana). Ada yang last minute tak dapat datang open house korang. Maafin gue! T_T Terima kasih atas segala pelajaran yang aku pelajari dari setiap satu nya daripada kamu, kamu dan kamu semua selama ini! Taqaballah minna wa minkum, ya Allah terimalah. :)

Alhamdulillah, tahun ni antara tahun-tahun yang paling best beraya. Sebab dapat jumpa dengan orang-orang special. Gituuu! ^_^ Terima kasih atas segalanya. :’)


PS. Jemputlah beraya di rumah saya. Haa kalau tak sempat, jemputlah datang convo saya. Lagi 2 minggu lebih je ni. #sisdedebar :p

No comments: