Monday, August 10, 2015

superwomen.

Makcik Masjid Ar-Rahman. 

M: Nak, tolong makcik ambilkan bungkusan pewangi yang tersangkut atas tu. Makcik tak sampai pulak nak capai.

F: Haa boleh boleh makcik. Makcik nak buat apa dengan benda ni?

M: Meh sini makcik nak basuh yang lama ni, pastu boleh isi pewangi yang baru.

F: Ohh takpelah makcik. Saya tolong basuhkan terus, banyak jugak ni.

M: Eh takpe takpe. Anak pergilah cari pahala yang lain. *Senyum*

F: *Senyum + speechless sebentar*

* * *

"Anak pergilah cari pahala yang lain."

Terngiang-ngiang lagi perbualan random ini dari seorang insan yang suci murni hatinya. Biarpun kudrat kian melemah dimamah usia namun itu tetap tidak membantutkan dirinya untuk sentiasa bekerja amal di masjid ini. Setiap kali aku ke sini, pasti ada saja yang sedang dilakukannya. Ya. Aku malu dengan makcik itu. Wajarkah aku masih bergelumang dengan perkara yang sia-sia sedang dia sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan walau dianggap kecil dan remeh di mata orang lain. Tetapi pastinya ia besar di mata Allah dengan nilaian ikhlas dan istiqamah nya.

Tahniah makcik. Kerana sentiasa memenangi hati saya.

Sudah lama kita tidak berjumpa. Moga dijaga-Nya selalu. :)

No comments: