Tuesday, August 25

sungai lui.

Pejamkan matamu untukku,
Dengarlah dunia berkata-kata,
Usah kau ragu di sini tempatmu,
Walau berubah di mata kita tetap indah,
Selagi kau masih percaya.

Ketawa kecewa terpisah,
Jalan yang lurus kian berhalang,
Adakah semua ini yang ku inginkan,
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata,
Ku harap ku masih percaya.

Sungai Lui - Aizat

* * *

Ada sesuatu pada melodi.
Ada sesuatu pada kata-kata.

Dan itu semua bisa membahagiakan.
:')

Sunday, August 23

indeed.

"Kita kena ingat bila kita susah, takda yang memberi susah melainkan Allah. Mungkin kita nampak kesusahan itu melalui 'orang lain yang menyusahkan kita', tetapi hakikatnya Allah yang memberi kesusahan itu melalui tangan-tangan hamba-Nya. Begitu juga kesenangan. Kita suka orang tolong kita tetapi hakikat kesenangan itu Allah yang beri melalui hamba-Nya. Dan berapa ramai yang Allah sesatkan dengan perantaraan ini tanpa melihat kepada sebenarnya siapa yang memberi. Hakikatnya, Allah lah yang memberi kesenangan dan Allah jugalah yang memberi kesukaran. Sebab itu kita jangan putus asa. Bila kita tahu sumber kesukaran dan kesenangan itu adalah daripada Allah, maka takda putus asa sepatutnya. Sebab kita tahu Allah boleh mengangkat kesukaran itu menjadi mudah. Jadi, sentiasa lah berharap, memohon kepada Allah agar Allah sentiasa permudahkan urusan kita dan juga orang-orang lain serta orang-orang yang beriman."

Indeed. :')

Wednesday, August 19

hari konvokasi.

Masih lagi bercerita tentang musibah yang melanda negara. Susutnya wang, banyaknya pengangguran, ekonomi yang tidak stabil. Berfikiran positif sahaja mungkin sudah tidak relevan lagi untuk menghadapi situasi. Seumpama aku yang masih bayi dalam dunia realiti ini, betapa keadaan ini sedikit-sedikit mencengkam dan membelenggu keadaan diri. Begitu menyesakkan. Bagaimana mungkin aku mahu hidup di dalam keadaan yang tidak harmoni ini.

Berfikir dan terus berfikir akan solusinya. Sesuatu perlu diperbuat. Baik dari pihak individu itu sendiri sehingga kepada pihak yang berautoriti. Nasib hari ini pasti tidak sama dengan yang sebelumnya mahupun yang akan datang. Berada di zon yang hanya bergantung kepada sumber negara memang wajar dilenyapkan. Kerana kita punya Allah yang Maha Memberi Rezeki. Dan selayaknya kita sebagai hamba harus usaha berdiri di atas kaki sendiri.

Dan hari ini genap 4 hari selepas Majlis Konvokesyen diadakan. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dari-Nya. Syukur juga kerana Dia mengajarkan aku sesuatu pada saat ini. Secara peribadinya, dalam keadaan yang begitu mendesak sekarang, keperluan untuk menghayati ilmu ekonomi dan kewangan adalah amat penting bagiku. Dan Allah melorongkan aku ke jalan yang suatu masa dulu tidak pernah aku terfikir akannya, pasti dengan beribu macam hikmah yang tersembunyi. Moga aku bisa memberi manfaat. Rahmatan lil'alamin. InshaAllah!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. :')

Entah apa yang aku fikirkan saat ini. Perasaan yang bercampur baur. Dan aku tidak kisah tentang yang ini sebenarnya. Yang aku kisahkan cuma, perjalanan yang menanti aku di hadapan untuk sampai kepada destinasi akhir nanti. Tapi selayaknya aku bersyukur atas pemberian ini. Nikmat mana lagi yang aku dustakan. Sedang aku leka dan lalai, Dia tetap masih mahu memberi. Alhamdulillah.

Dan aku tidak akan berdiri di sini, tanpa insan-insan hebat yang selalu mendampingi diriku. :')

Kepada, mama dan ayah. Yang tak pernah putus mendoakan setiap kali kakak exam, yang banyak berkorban masa dan tenaga terutamanya masa kakak sakit dulu, yang selalu menyokong apa-apa yang kakak nak buat, dan banyak lagi perkara yang tak terucap kata terima kasih dari kakak. Selayaknya Allah yang membalas kebaikan mama dan ayah di syurga nanti inshaAllah. Begitu juga adik-adik yang kian membesar, yang makin faham erti kehidupan sebenar. Moga Allah redha akan kita semua.

Kepada, lecturer-lecturer. Terutamanya Madam Salwati (supervisor saya) - yang banyak melayan kerenah saya sepanjang fyp (dengan tukar tajuk last minute, tak ingat step eviews, lambat siapkan kerja nak dibandingkan dengan orang lain. >.<) Tapi madam tetap sabar sesabarnya membimbing saya. :') Seterusnya, Madam Suzaida, Madam Jay, Madam Noriza, Madam Mai, Madam Irene, Madam Noraini, dan semua yang pernah mengajar diri ini. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, nasihat yang menginspirasi dan kisah pengalaman yang dikongsikan kepada saya. Moral support yang diberikan terutamanya semasa saya nak give up dengan course Finance ni sebab rasa macam tak belajar apa-apa. >.<

Kepada, kawan, rakan dan sahabat. Terutamanya Akhawati Fillah (Senyum, Iman Circle & Jom Kita Ke Surga) yang banyak mendoakan dan membantu dalam memperbaiki diri. Sangat bersyukur bertemu kalian yang sentiasa memuhasabah dan menginspirasi diri ini. Atas segala hikmah dan nikmat, hanya Allah sahaja yang layak membalas segala kebaikan kalian kepada diriku. Jazaakillah khayral jazaa'. Seterusnya, Young Ace - yang banyak membantu aku dalam studies, tahan dengan kerenah aku yang selalu last minute buat kerja group assignment, huhu. Maaf sebab selalu susahkan korang tapi korang tetap tak pernah tacing-tacing. Im so blessed to be friend with both of you guys. Tak dilupakan, Family 'PPI-di-hatiku', Geng #PCFinalSem, Geng Finance, Geng Ytn, dan semuanya yang mengenali diri ini. Terima kasih kerana hadir melukis warna dalam lukisan hidup ku. :)

Kepada, Ytn dan Tnb. Terima kasih sebab support saya belajar selama 4 tahun di Uniten. Sangat bersyukur kerana ditatang bagai minyak yang penuh selama berada di bawah Ytn, dengan program-programnya yang happening, dengan staf nya yang sangat mesra pelajar dan dengan elaunnya yang sangat mencukupi. Hehe. Terima kasih sekali lagi. Moga kita dikuatkan jodoh untuk bertemu di Tnb pula nanti. InshaAllah. :')

And the list goes on.

Walaupun anda yang membaca ini tidak disebutkan di sini, ketahuilah anda begitu istimewa di dalam hati ini. Bagaimana bisa aku lupa, seorang demi seorang yang telah menambah gula, asam dan garam dalam kehidupan ku ini. Terima kasih atas segala kebaikan kepada ku. Dan aku yang begitu naif dan lemah ini, tidak akan mampu membalas setiap satu kebaikan yang kalian berikan. Hanya Allah selayaknya membalas kebaikan kalian dengan rahmat-Nya yang tiada tolok bandingnya. Terima kasih atas segalanya!

Akhir kalam. aku sedar bahawa ini adalah satu dalam seribu nikmat dan ujian sebagai hamba-Nya. Apakah setelah aku menerima, tidakkah aku memberi dengan sebanyaknya? Ya. Aku masih sama. Manusia yang tak punya apa-apa. Wahai Tuhan yang penuh kasih sayang, bimbinglah aku, bimbinglah aku. Tiada apa yang sempurna melainkan diri-Mu. Terima kasih untuk ini. :')

Umarrrr! :'D

My siblings! ^_^

Thanks a lot Uniten! <3

Monday, August 10

superwomen.

Makcik Masjid Ar-Rahman. 

M: Nak, tolong makcik ambilkan bungkusan pewangi yang tersangkut atas tu. Makcik tak sampai pulak nak capai.

F: Haa boleh boleh makcik. Makcik nak buat apa dengan benda ni?

M: Meh sini makcik nak basuh yang lama ni, pastu boleh isi pewangi yang baru.

F: Ohh takpelah makcik. Saya tolong basuhkan terus, banyak jugak ni.

M: Eh takpe takpe. Anak pergilah cari pahala yang lain. *Senyum*

F: *Senyum + speechless sebentar*

* * *

"Anak pergilah cari pahala yang lain."

Terngiang-ngiang lagi perbualan random ini dari seorang insan yang suci murni hatinya. Biarpun kudrat kian melemah dimamah usia namun itu tetap tidak membantutkan dirinya untuk sentiasa bekerja amal di masjid ini. Setiap kali aku ke sini, pasti ada saja yang sedang dilakukannya. Ya. Aku malu dengan makcik itu. Wajarkah aku masih bergelumang dengan perkara yang sia-sia sedang dia sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan walau dianggap kecil dan remeh di mata orang lain. Tetapi pastinya ia besar di mata Allah dengan nilaian ikhlas dan istiqamah nya.

Tahniah makcik. Kerana sentiasa memenangi hati saya.

Sudah lama kita tidak berjumpa. Moga dijaga-Nya selalu. :)

Sunday, August 9

yourself.

Favourite verse. 2:214

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."

* * *

Ujian,
Mungkin saja diberi untuk mencari hikmah-hikmah tersembunyi.
Mungkin saja diberi untuk menghapuskan dosa-dosanya yang lalu.
Mungkin saja diberi untuk meningkatkan darjat seorang hamba-Nya.
Mungkin saja diberi untuk mendidik hatinya agar tetap syukur dan sabar.

Lantas,
Terkadang manusia itu selalunya lupa.

Ujian,
Mungkin saja diberi untuk memuhasabah segala kekhilafan yang kita lakukan.

Sekali sekala,
Mari kita cuba menyalahkan diri sendiri.
Mari kita letakkan diri di tempat-tempat yang paling hina.

Amal kita lah yang compang-camping.
Ibadah kita lah yang tiada khusyuknya.
Diri kita lah yang semakin menjauh dengan-Nya.

Kesiannya diri kita.

Dan Allah menguji kita.
Dengan masalah kawan-kawan.
Dengan masalah duit tak cukup.
Dengan masalah kerja yang stress.

Apakah kita masih menyalahkan keadaan dan orang sekeliling?
Tanpa secebis melihat bahawa asbab semua yang berlaku itu adalah kerana tangan-tangan kita sendiri.

Maka, pandanglah pada diri.
Bersyukurlah Dia sentiasa mengingatkan.
Kerana kita sering lalai dan terlupa.

"If life treats you well, remember Allah.." - Bits of Heaven 
(really beats my heart! <3)

PS. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Kehilangan 2 orang yang begitu aku sanjungi kerana ilmunya dan kerana ketabahannya. Hari ini mereka pergi dan aku melihat husnul khatimah. Sungguh, kematian adalah sebaik-baik nasihat.