Wednesday, August 19

hari konvokasi.

Masih lagi bercerita tentang musibah yang melanda negara. Susutnya wang, banyaknya pengangguran, ekonomi yang tidak stabil. Berfikiran positif sahaja mungkin sudah tidak relevan lagi untuk menghadapi situasi. Seumpama aku yang masih bayi dalam dunia realiti ini, betapa keadaan ini sedikit-sedikit mencengkam dan membelenggu keadaan diri. Begitu menyesakkan. Bagaimana mungkin aku mahu hidup di dalam keadaan yang tidak harmoni ini.

Berfikir dan terus berfikir akan solusinya. Sesuatu perlu diperbuat. Baik dari pihak individu itu sendiri sehingga kepada pihak yang berautoriti. Nasib hari ini pasti tidak sama dengan yang sebelumnya mahupun yang akan datang. Berada di zon yang hanya bergantung kepada sumber negara memang wajar dilenyapkan. Kerana kita punya Allah yang Maha Memberi Rezeki. Dan selayaknya kita sebagai hamba harus usaha berdiri di atas kaki sendiri.

Dan hari ini genap 4 hari selepas Majlis Konvokesyen diadakan. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dari-Nya. Syukur juga kerana Dia mengajarkan aku sesuatu pada saat ini. Secara peribadinya, dalam keadaan yang begitu mendesak sekarang, keperluan untuk menghayati ilmu ekonomi dan kewangan adalah amat penting bagiku. Dan Allah melorongkan aku ke jalan yang suatu masa dulu tidak pernah aku terfikir akannya, pasti dengan beribu macam hikmah yang tersembunyi. Moga aku bisa memberi manfaat. Rahmatan lil'alamin. InshaAllah!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. :')

Entah apa yang aku fikirkan saat ini. Perasaan yang bercampur baur. Dan aku tidak kisah tentang yang ini sebenarnya. Yang aku kisahkan cuma, perjalanan yang menanti aku di hadapan untuk sampai kepada destinasi akhir nanti. Tapi selayaknya aku bersyukur atas pemberian ini. Nikmat mana lagi yang aku dustakan. Sedang aku leka dan lalai, Dia tetap masih mahu memberi. Alhamdulillah.

Dan aku tidak akan berdiri di sini, tanpa insan-insan hebat yang selalu mendampingi diriku. :')

Kepada, mama dan ayah. Yang tak pernah putus mendoakan setiap kali kakak exam, yang banyak berkorban masa dan tenaga terutamanya masa kakak sakit dulu, yang selalu menyokong apa-apa yang kakak nak buat, dan banyak lagi perkara yang tak terucap kata terima kasih dari kakak. Selayaknya Allah yang membalas kebaikan mama dan ayah di syurga nanti inshaAllah. Begitu juga adik-adik yang kian membesar, yang makin faham erti kehidupan sebenar. Moga Allah redha akan kita semua.

Kepada, lecturer-lecturer. Terutamanya Madam Salwati (supervisor saya) - yang banyak melayan kerenah saya sepanjang fyp (dengan tukar tajuk last minute, tak ingat step eviews, lambat siapkan kerja nak dibandingkan dengan orang lain. >.<) Tapi madam tetap sabar sesabarnya membimbing saya. :') Seterusnya, Madam Suzaida, Madam Jay, Madam Noriza, Madam Mai, Madam Irene, Madam Noraini, dan semua yang pernah mengajar diri ini. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, nasihat yang menginspirasi dan kisah pengalaman yang dikongsikan kepada saya. Moral support yang diberikan terutamanya semasa saya nak give up dengan course Finance ni sebab rasa macam tak belajar apa-apa. >.<

Kepada, kawan, rakan dan sahabat. Terutamanya Akhawati Fillah (Senyum, Iman Circle & Jom Kita Ke Surga) yang banyak mendoakan dan membantu dalam memperbaiki diri. Sangat bersyukur bertemu kalian yang sentiasa memuhasabah dan menginspirasi diri ini. Atas segala hikmah dan nikmat, hanya Allah sahaja yang layak membalas segala kebaikan kalian kepada diriku. Jazaakillah khayral jazaa'. Seterusnya, Young Ace - yang banyak membantu aku dalam studies, tahan dengan kerenah aku yang selalu last minute buat kerja group assignment, huhu. Maaf sebab selalu susahkan korang tapi korang tetap tak pernah tacing-tacing. Im so blessed to be friend with both of you guys. Tak dilupakan, Family 'PPI-di-hatiku', Geng #PCFinalSem, Geng Finance, Geng Ytn, dan semuanya yang mengenali diri ini. Terima kasih kerana hadir melukis warna dalam lukisan hidup ku. :)

Kepada, Ytn dan Tnb. Terima kasih sebab support saya belajar selama 4 tahun di Uniten. Sangat bersyukur kerana ditatang bagai minyak yang penuh selama berada di bawah Ytn, dengan program-programnya yang happening, dengan staf nya yang sangat mesra pelajar dan dengan elaunnya yang sangat mencukupi. Hehe. Terima kasih sekali lagi. Moga kita dikuatkan jodoh untuk bertemu di Tnb pula nanti. InshaAllah. :')

And the list goes on.

Walaupun anda yang membaca ini tidak disebutkan di sini, ketahuilah anda begitu istimewa di dalam hati ini. Bagaimana bisa aku lupa, seorang demi seorang yang telah menambah gula, asam dan garam dalam kehidupan ku ini. Terima kasih atas segala kebaikan kepada ku. Dan aku yang begitu naif dan lemah ini, tidak akan mampu membalas setiap satu kebaikan yang kalian berikan. Hanya Allah selayaknya membalas kebaikan kalian dengan rahmat-Nya yang tiada tolok bandingnya. Terima kasih atas segalanya!

Akhir kalam. aku sedar bahawa ini adalah satu dalam seribu nikmat dan ujian sebagai hamba-Nya. Apakah setelah aku menerima, tidakkah aku memberi dengan sebanyaknya? Ya. Aku masih sama. Manusia yang tak punya apa-apa. Wahai Tuhan yang penuh kasih sayang, bimbinglah aku, bimbinglah aku. Tiada apa yang sempurna melainkan diri-Mu. Terima kasih untuk ini. :')

Umarrrr! :'D

My siblings! ^_^

Thanks a lot Uniten! <3

No comments: