Sunday, August 09, 2015

yourself.

Favourite verse. 2:214

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."

* * *

Ujian,
Mungkin saja diberi untuk mencari hikmah-hikmah tersembunyi.
Mungkin saja diberi untuk menghapuskan dosa-dosanya yang lalu.
Mungkin saja diberi untuk meningkatkan darjat seorang hamba-Nya.
Mungkin saja diberi untuk mendidik hatinya agar tetap syukur dan sabar.

Lantas,
Terkadang manusia itu selalunya lupa.

Ujian,
Mungkin saja diberi untuk memuhasabah segala kekhilafan yang kita lakukan.

Sekali sekala,
Mari kita cuba menyalahkan diri sendiri.
Mari kita letakkan diri di tempat-tempat yang paling hina.

Amal kita lah yang compang-camping.
Ibadah kita lah yang tiada khusyuknya.
Diri kita lah yang semakin menjauh dengan-Nya.

Kesiannya diri kita.

Dan Allah menguji kita.
Dengan masalah kawan-kawan.
Dengan masalah duit tak cukup.
Dengan masalah kerja yang stress.

Apakah kita masih menyalahkan keadaan dan orang sekeliling?
Tanpa secebis melihat bahawa asbab semua yang berlaku itu adalah kerana tangan-tangan kita sendiri.

Maka, pandanglah pada diri.
Bersyukurlah Dia sentiasa mengingatkan.
Kerana kita sering lalai dan terlupa.

"If life treats you well, remember Allah.." - Bits of Heaven 
(really beats my heart! <3)

PS. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Kehilangan 2 orang yang begitu aku sanjungi kerana ilmunya dan kerana ketabahannya. Hari ini mereka pergi dan aku melihat husnul khatimah. Sungguh, kematian adalah sebaik-baik nasihat.

No comments: