Sunday, November 29

judgement.

Seringkali judgement dikaitkan dengan first impression. Mungkin tak semua orang begitu tetapi pada realitinya kebanyakannya memang begitu. Dan kerana itu, berhati-hatilah dalam menimbang tara. Kehidupan ini memerlukan kita untuk lebih memerhati daripada lebih bersangka hati. Apatah lagi dengan orang yang baru kita kenali beberapa hari. Sedangkan yang sudah kenal bertahun-tahun lamanya pun tak semua benda kita ketahui. Kan?

Ada orang, dia mengenali seseorang itu dengan sisi baiknya. Ada orang, dia mengenali seseorang itu dengan sisi buruknya. Yang baik, jangan terlalu sanjung. Yang buruk, jangan pula dikeji. Sunnatullah, Allah menjadikan seseorang itu dengan segala macam kebaikan dan mungkin hanya beberapa titik kelemahan. Pada hakikatnya, jika semua orang tahu, pasti tiada yang akan berkecil hati kerana sentiasa bersangka baik bahawa semuanya tidak sempurna malah hanya Allah yang benar-benar sempurna. :)

Sudah beberapa kali Allah memberi pelajaran pada kita. Yang kadangkala membuatkan kita berfikir dan harus sentiasa mensyukuri. Sungguh Allah itu Maha Adil. Namun manusia itu sendiri yang sering menumpu kepada sekecil-kecil titik hitam pada luasnya helaian putih. Pelik kan? Belajarlah untuk sentiasa bersangka baik. Memang kadang-kadang ada satu tahap mungkin kita sudah tidak boleh untuk bersangka baik kerana reality sebenar tetap menyakitkan hati. Apa pun, doakan yang terbaik untuk dirinya. Kita tak rugi mendoakan sebanyak-banyak kebaikan kepada orang lain, bahkan lebih disayangi Allah dan pasti diberi lebih banyak kebaikan kelak. InshaAllah.

Setiap kali bila sebut tentang bersangka baik, mesti teringat ayat ni.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Hujurat : 12)

Agaknya, apa lah first impression orang terhadap aku? Nak juga tahu sebenarnya. :)

Monday, November 23

fitrah.

Belajar sesuatu hari ni.

"Bila terasa lelah, ingatlah detik bahagia yang menanti kita di hadapan."
"Payah di dunia hanya sementara, Allah pasti ganjari setiap usaha menuju redha-Nya."
"Cabaran yang hebat sentiasa mendidik diri untuk menjadi lebih matang. Chin up!"
"Tuhan sentiasa memberi peluang pada insan yang sentiasa mencari peluang tersebut."

Tak dapat nak gambarkan perasaan yang terbuku.
Setiap kali diperdengarkan kisah inspirasi menyayat hati.
Dari insan-insan yang kembali pada fitrahnya, suci dari dosa.

Syukur.
Sebak.
Malu.

Hidup ini sudah terlalu selesa mungkin kerana tidak pernah menoleh ke bawah sebentar.
Makin rakus mengejar bayangan indah dunia. Mengimpikan hanya benda yang sementara.
Seakan terlupa tujuan hidup dan tanggungjawab syahadatul haq yang diamanahkan pada diri.

Tidak cukup dengan menyatakan syukur, tapi haruslah 'bekerja' untuk membuktikan kesyukuran.
Dan deen ini tidak cukup dengan 'tahu' tetapi apa yang telah 'dikerjakan' lewat-lewat hari di dunia ini untuk akhirat sana.

Carilah, kajilah, bekerjalah.
Sehingga kau betul-betul jumpa apa yang bisa membahagiakan di hari akhir nanti. :)

* * *

Lets start question in ourselves,
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind,
To push it all aside?

Take us in the best way,
Guide us every single day,
Keep us close to You,
Until the end of time.

Wednesday, November 4

syukur.

Syukur.

Ada orang, perginya kerana menuntut kehidupan normal.
Ada orang, perginya kerana melunaskan tanggungjawab menyara keluarga.
Ada orang, perginya kerana mengumpul wang menyambung pelajarannya.
Ada orang, perginya kerana persiapan untuk hari bahagianya.
Ada orang, perginya kerana ibunya yang sakit harus ditanggungnya.

Semua orang penuh dengan tujuan dan kesungguhan masing-masing.
'Big why' yang menyebabkan keberadaan mereka di sini.

Aku?
Entah.
Kenapa ya aku di sini?

Monday, November 2

dunia baru.

Hari-hariku berlalu seperti waktu dinihari.
Cuma lainnya, kini terisi dengan kerja 'duniawi'.
Di samping menyempurnai kewajipan kerja hakiki.
Meski apa pun ku syukur pada yang maha ilahi. :)

Mengenali mereka buat pertama kalinya.
Anugerah tuhan yang pasti penuh hikmahnya.
Yang belum aku gali dan terokai setiap satunya.
Berlainan cara gaya, berbeza dari kebiasaannya.

Oh terkadang, aku begitu tersesak sendiri.
Diriku seolah seperti si robot menjalani hari.
Entah sampai bila harusku lewati hidup begini.
Husnuzzon? Mungkin ini sememangnya rentak di sini.

Ayuhlah 'move on' dari perkara-perkara yang kecil.
Tatkala masih banyak misi besar yang belum terhasil.
Jadilah kita manusia yang sanubarinya sentiasa mahu adil.
Walau hidup tiadalah sehebat, ku hanya insan yang kerdil.

:)

Just..

"Enjoy the life you live."
"Focus on what you can do."
"Give others what you have."

Thank you for the lesson learned!
I am looking forward to learn more from you. :)