Sunday, November 29, 2015

judgement.

Seringkali judgement dikaitkan dengan first impression. Mungkin tak semua orang begitu tetapi pada realitinya kebanyakannya memang begitu. Dan kerana itu, berhati-hatilah dalam menimbang tara. Kehidupan ini memerlukan kita untuk lebih memerhati daripada lebih bersangka hati. Apatah lagi dengan orang yang baru kita kenali beberapa hari. Sedangkan yang sudah kenal bertahun-tahun lamanya pun tak semua benda kita ketahui. Kan?

Ada orang, dia mengenali seseorang itu dengan sisi baiknya. Ada orang, dia mengenali seseorang itu dengan sisi buruknya. Yang baik, jangan terlalu sanjung. Yang buruk, jangan pula dikeji. Sunnatullah, Allah menjadikan seseorang itu dengan segala macam kebaikan dan mungkin hanya beberapa titik kelemahan. Pada hakikatnya, jika semua orang tahu, pasti tiada yang akan berkecil hati kerana sentiasa bersangka baik bahawa semuanya tidak sempurna malah hanya Allah yang benar-benar sempurna. :)

Sudah beberapa kali Allah memberi pelajaran pada kita. Yang kadangkala membuatkan kita berfikir dan harus sentiasa mensyukuri. Sungguh Allah itu Maha Adil. Namun manusia itu sendiri yang sering menumpu kepada sekecil-kecil titik hitam pada luasnya helaian putih. Pelik kan? Belajarlah untuk sentiasa bersangka baik. Memang kadang-kadang ada satu tahap mungkin kita sudah tidak boleh untuk bersangka baik kerana reality sebenar tetap menyakitkan hati. Apa pun, doakan yang terbaik untuk dirinya. Kita tak rugi mendoakan sebanyak-banyak kebaikan kepada orang lain, bahkan lebih disayangi Allah dan pasti diberi lebih banyak kebaikan kelak. InshaAllah.

Setiap kali bila sebut tentang bersangka baik, mesti teringat ayat ni.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Hujurat : 12)

Agaknya, apa lah first impression orang terhadap aku? Nak juga tahu sebenarnya. :)

No comments: