Saturday, March 12

love lang.

Lama sangat rasanya meninggalkan belog ini sepi tanpa perkhabaran. Maafkan saya kerana kesibukan melanda dinihari. Hehe, cliche sangat Fann! Maka, di kesempatan ruang waktu ini dapatlah kiranya saya simpulkan agenda-agenda selama ketiadaan saya sepanjang beberapa bulan ini. Orang penting 'sangat'. Tapi banyak yang menyibuk jelah sebenarnya. ^^'

"The greatest gift you can give to someone is your time. Because when you give your time, you are giving a portion of your life that you will never get back."

Tak ada apa pun nak share kali ni. Cuma nak ingatkan diri tentang penggunaan masa. Selama mana masa yang Allah pinjamkan untuk kita, adakah kita gunakan sebaik-baiknya? Atau, membiarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri mahupun orang sekeliling kita. InshaAllah. Moga-moga setiap saat yang digunakan untuk keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling diredhai oleh Allah dan Allah kira sebagai amal kerana niat untuk sentiasa merapatkan ukhwah dan menggembirakan hati mereka di sisi. :)

Kalau kalian pernah terbaca tentang 5 love language, kalian pasti tahu tentang ini. Seseorang itu pasti punyai 'bahasa cinta' dia tersendiri. Dan apa yang saya perasan, saya punya love language ialah time and words. Huhu. Jangan salah faham pulak tentang ni ya. ^^' Cuma nak bagitau yang love language ni, kita boleh apply kepada sesiapa sahaja yang kita kenali. Even, dalam dakwah benda ni penting untuk attract mad'u kita. Melalui love language ini, kita pasti akan dapat lebih menghargai dan memahami dirinya. Sebab ada orang lebih suka dihargai dengan pemberian hadiah, ada orang lebih rasa dihargai bila kita spend masa dengan dia dan begitulah rentaknya. Allah jadikan manusia berbeza beza untuk kita lebih saling mengenali (49:13). :)

So tell me what is yours?
:)

Sunday, January 31

pemergianmu.

Kau masih tersenyum mengubat lara,
Selindung derita yang kau rasa.
Senyuman yang mententeramkan,
Setiap insan yang kebimbangan.

Haziq Janudin
(1993-2016)

Tatkala berita kemalangan ini aku terima. Aku seakan tidak percaya. Sungguh. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku menidakkan berita itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa luluhnya jiwa ragaku tika itu. Lambat laun, setelah disahkan oleh sahabat yang berada di Muadzam bahawa mayat tersebut sememangnya mayat kau dan ayah kau, aku cuba untuk redha dan terima segala qadak dan qadar yang terjadi. Memang dah tak tertahan sebaknya.

Sungguh berat mata ini memandang, apatah lagi keluarga terdekat untuk menerima kehilangan dua ahli keluarga dalam sekelip mata. Allahu.. Sesungguhnya ujian ini sangat berat untuk kami hadapi ya Allah. Kehilangan seorang sahabat yang sangat baik hati, penyayang, penghibur dan tak pernah lokek dengan senyuman. Ada saja celoteh-celotehnya yang membuatkan dirinya disenangi semua orang. 

Jarang sekali aku temui sebaik-baik sosok seperti kau, Ziq. Timbul rasa cemburu aku pada kau yang berbakat serba-serbi dan sangat disayangi oleh semua orang. Tak puas lagi kita menyemai memori bersama selama 4 tahun ini. Sangat sekejap rasanya. Saat akhir aku jumpa kau pun masa nak hantar kau ke Germany. Aku tumpang gembira bila korang nak ke sana, rezeki korang dapat pengalaman belajar dan explore tempat orang. Dan sebagai tanda ingatan, aku hadiahkan korang snickers yang sampai dah expired date pun korang still makan lagi. >.<

Snickers! Appreciation post kat insta kau. Huhu.

Ingat lagi masa kau call aku tanya pasal kitorang dah start kerja ke belum. Kau kata kau risau dengan masa depan yang tak menentu sekarang ni. Aku sedih sangat bila teringat perbualan kita hari tu. Tak sangka seawal ni kau pergi meninggalkan kami. Tapi kami sedar Ziq, Allah lebih sayangkan kau. Kau hamba-Nya yang sangat baik. Allah pasti dah sediakan tempat kau di syurga bersama abang dan ayah kau. 

Kau tahu Ziq, semalam sejurus van jenazah sampai di rumah, hujan tiba-tiba turun. Renyai-renyai dan tiba-tiba berhenti. SubhanAllah, hujan rahmat. Langit pun menangis atas pemergian kau. Raaaamai sangat yang datang semalam. Tengok muka kau semalam pun macam tengah tidur je. 

Wahai sahabat, damailah kau di sana. Kami redha atas pemergianmu. Seluruh penduduk bumi dan langit kan sentiasa mendoakanmu. Terima kasih atas segala kebaikan kau kepada aku selama ni. Kau kawan yang baik, juga abang yang penyayang. Tak pernah lokek dengan nasihat yang membina. Terima kasih Allah kerana meminjamkan sebutir permata untuk menghiasi perjalanan hidup kami. InshaAllah kami juga bakal menyusul. Jumpa di syurga nanti.

Our first picture together, Orientasi YTN 2011.

Btw, Haziq. Aku selalu baca belog kau dulu. Dan semalam, aku baca balik belog kau tu. Ada satu post tahun 2012, yang kau cerita pasal kucing yang kau terjumpa tengah jalan. Kau kata ngeri tengok kucing tu menggeletar. Dan kau harap kau tak alami benda yang sama macam kucing tu.

Aku terkesima kejap bila baca post kau tu, sebab tragisnya kemalangan kau semalam sama tragisnya dengan kucing yang kau jumpa tu. Allahu.. Tiada yang kebetulan dalam hidup ini. Semuanya telah dirancang oleh Allah.


:'(

Allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa a'fu 'anhu.
O Allah, forgive him and have mercy on him, keep him safe and sound and forgive him.